Rezeki Ramadan datang dalam pelbagai cara, dan kali ini menerusi peraduan duit raya yang dibawakan khas oleh Media Prima Berhad sempena kempen Ramadan Raya Sama-Sama Berkat.
Dinamakan Bonanza Berkat, peraduan ini berlangsung dari 28 Februari hingga 27 Mac 2026 dan terbuka kepada semua yang mahu mencuba rezeki menambah duit raya menjelang Syawal dengan konsep yang ringkas dan santai.
Baca juga: Zara Zya & Jazmy Juma Disatukan Dalam Komedi Romantik, ‘Namamu Cinta’ Eksklusif Di Tonton!
BONANZA RAYA: PERADUAN DUIT RAYA MEDIA PRIMA

Cara penyertaan yang mudah dan santai
- 5 keyword berbeza akan dilepaskan setiap hari Sabtu
- 1 keyword daripada setiap platform ini: TV3, TONTON, HOT FM, WAKTU SOLAT MALAYSIA & HARIAN METRO
Anda hanya perlu:
- Kumpul sebanyak mungkin kata kunci (keyword).
- Layari laman rasmi di tonton.com.my/bonanzaberkat.
- Hantar penyertaan sebelum jam 12 tengah hari setiap Jumaat.
Lagi banyak kata kunci yang dihantar, lagi tinggi peluang untuk dipilih sebagai pemenang.

50 pemenang setiap minggu!
Menariknya, setiap minggu seramai 50 pemenang akan membawa pulang RM100 duit raya.
Peraduan ini berlangsung selama empat minggu berturut-turut, menjadikan peluang kemenangan lebih luas dan tidak terhad kepada seorang sahaja.
Secara keseluruhan, ratusan pemenang bakal diraikan sepanjang tempoh kempen ini yang sesuai dengan semangat Ramadan yang penuh keberkatan dan rezeki yang dikongsi bersama.
Orang ramai disarankan untuk melayari tonton.com.my/bonanzaberkat untuk maklumat lebih lanjut dan syarat penyertaan.
Baca juga: Bukan Semua Yang Berjubah Itu Baik? Ikuti Sisi Gelap ‘Di Sebalik Jubah’ Eksklusif Hanya Di Tonton!
