Famili

“Penyakit Kawasaki Bukan Virus & Tidak Berjangkit”- Pakar

62
SHARES

Baru-baru ini, pasangan selebriti terkenal Amar Baharin dan Amyra Rosli telah menerima satu ujian besar ke atas puteri kesayangan mereka. Anak kedua daripada pasangan terbabit, menghidapi penyakit Kawasaki.

Tidak ramai lagi yang maklum berkenaan penyakit ini, kerana ‘Kawasaki’ yang lebih dikenali adalah sebuah jenama motosikal terkenal. Menurut Doktor Nimelesh yang baru-baru ini membetulkan fakta penyakit Kawasaki, yang sebenarnya bukanlah virus dan penyakit ini tidak berjangkit pada orang lain.

Baca juga: Patutlah Lirik Lagu Yang Sama Selalu Bermain Di Fikiran Non-Stop, Rupanya Ini Sebabnya…

“PENYAKIT KAWASAKI BUKAN VIRUS & TIDAK BERJANGKIT”- PAKAR

Kawasaki bukan Virus dan ia tidak boleh menjangkiti orang lain. Ia merupakan sejenis penyakit yang punca sebenar tidak diketahui lagi. Punca daripada sejenis virus ke, sejenis bakteria ke, Genetik ke? Masih tiada jawapan konkrit.

Malah, beliau juga pernah membuat untaian sebelum ini yang menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai penyakit Kawasaki.

Penyakit kawasaki bukan sesuatu yang jarang dijumpai. Masa I (saya) HO, ada jumpa beberapa kes masa posting paeds.

Penyakit ni dinama sempena doktor yang laporkan ia dulu – Dr Tomisaku Kawasaki. 75% kes adalah kanak kanak berumur kurang 5 tahun, kebanyakan lelaki.

GEJALA KAWASAKI

Simptom simptom. 

Ia biasa menyebabkan demam berpanjangan, nodus limfa membesar, kemerahan di mulut, tangan, kaki serta kadangkala dengan ruam. Ia menyebabkan keradangan pada dinding salur darah terutamanya arterial koronari.

APAKAH PUNCA PENYAKIT KAWASAKI?

Punca penyakit ni masih tidak difahami tapi penyakit ni difahami tidak boleh berjangkit dari orang ke orang setakat ni. Disebabkan ia boleh menjejas jantung, ia merupakan penyebab paling biasa untuk penyakit jantung (acquired) di kalangan kanak kanak. 

Penyakit Kawasaki semasa kanak kanak dikaitkan dengan risiko penyakit jantung yang meningkat apabila dewasa. Rawatan awal akan mengurangkan risiko kesan jangka panjang. 

Sumber: Twitter Nimelesh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×