Kini Trending

Pengorbanan Seorang Ibu, Campak Anak Dari Motosikal Sebelum Dirempuh Lori Treler

19
SHARES

Seorang ibu bertindak cepat dengan mencampak anak lelaki yang berusia empat tahun dari motosikal yang ditungganginya daripada menjadi mangsa kemalangan di Jalan Transyogi Cibubur, Bekasi, Indonesia.

Baca juga: ‘Tunggu Kahwin Dulu..’- Lelaki Ini Ditampar Gara-Gara Cium Dahi Ketika Majlis Bertunang

PENGORBANAN & KASIH SEORANG IBU, SEBAKNYA…

Gambar: Pengguna jalan raya melihat kenderaan yang mengalami kerosakan akibat kemalangan maut di Jalan Transyogi, Cibubur, Bekasi, Jawa Barat. -ANTARA

Menurut laporan CNN Indonesia, kanak-kanak itu dilaporkan selamat, manakala, ibu bapanya meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh lori tangki minyak.

Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut diselamatkan oleh seorang pengawal keselamatan, Kunto, 36, yang melihat mangsa menangis berteriak bersebelahan ibu bapanya.

Katanya, ketika itu, kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan serius dengan kecederaan di bahagian kepala.

“Saya lihat ramai mangsa di tempat kejadian dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut terlebih dahulu.

“Darah dapat dihentikan daripada terus mengalir selepas bantuan kecemasan diberikan dan mangsa dibawa terus ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.

SEBUAH LORI TANGKI MINYAK MEREMPUH 2 KERETA & 10 MOTOSIKAL

Isnin lalu, sebuah lori tangki minyak merempuh dua kereta dan 10 motosikal sehingga menyebabkan 10 mangsa terkorban, lapor Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa, Rendra, 37, berkata, kanak-kanak itu terjatuh sejauh 10 meter selepas dicampak ibunya dari motosikal.

“Ibu mangsa berjaya menyelamatkan anaknya walaupun dia sendiri maut di tempat kejadian.

“Kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan baik dan sudah aktif seperti biasa,” jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia / CNN Indonesia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×