Famili

‘Tunggu Kahwin Dulu..’- Lelaki Ini Ditampar Gara-Gara Cium Dahi Ketika Majlis Bertunang

250
SHARES

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan kejadian seorang lelaki yang ditampar bakal isterinya selepas mencium dahi wanita itu ketika majlis pertunangan.

Baca juga: [VIDEO] Tangkap Suami Curang, Isteri Rileks Makan Bakso Bersama Anak Perempuan

LELAKI INI DITAMPAR GARA-GARA CIUM DAHI KETIKA MAJLIS BERTUNANG

Video tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @magelang_raya.

Rakaman memaparkan sebuah majlis pertunangan dengan pasangan itu sedang menyarung cincin di hadapan ahli keluarga. Lelaki berbaju batik dan berseluar hitam itu dilihat menyarung cincin pada jari manis bakal isterinya.

Selepas itu, dia secara tiba-tiba memegang kepala lalu mencium dahi wanita itu di hadapan orang ramai, lapor Kosmo.

Wanita berkenaan dilihat terkejut, lantas menampar tangan lelaki itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by magelang raya (@magelang_raya)

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tunggu selesai ijab kabul dahulu ya,” kata seorang netizen.

Sumber: Kosmo / Instagram magelang_raya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×