Famili

Pengguna HUAWEI P30 Boleh Caj Telefon Tanpa Wayar Dengan Casing Istimewa Keluaran HUAWEI Ini

5
SHARES

Pada 26 Mac lalu, HUAWEI baru saja melancarkan telefon pintar terbaru mereka pada suku pertama tahun 2019 iaitu siri HUAWEI P30. Dan kerana itu, HUAWEI kini berada di tangga teratas carta DxOMark setakat ini!

Selain menawarkan keupayaan zoom yang berbeza antara HUAWEI P30 dan HUAWEI P30 Pro, kita dapat lihat model P30 tidak menyokong fungsi pengecasan tanpa wayar sedangkan model P30 Pro dilengkapi ciri itu malah disertakan fungsi pengecasan tanpa wayar berbalik (reverse).

Casing telefon untuk fungsi pengecasan tanpa wayar

Bagi mewujudkan kesamarataan antara kedua-dua model smartphone yang baru dilancarkan, HUAWEI memperkenalkan casing telefon pintar rasmi yang direka khas untuk pengguna HUAWEI P30.

Selain memberi perlindungan secara menyeluruh untuk telefon pintar anda, casing telefon ini turut membolehkan HUAWEI P30 menerima fungsi pengecasan tanpa wayar malah menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 10W.

Secara ringkasnya, casing pelindung ini membolekan HUAWEI P30 untuk menerima fungsi pengecasan tanpa wayar sama seperti HUAWEI P30 Pro. Senanglah lepas ni, tak perlu lagi wayar berbelit-belit bila nak caj bateri telefon!

Keselamatan terjamin

Bagi HUAWEI, keselamatan telefon pintar menjadi keutamaan utama selepas fungsi terkini yang menepati cita rasa pengguna. Bagi memastikan kepantasan dan keselamatan fungsi pengecasan tanpa wayar, casing HUAWEI P30 ini menerima pensijilan keselamatan TÜV Rheinland dan pengiktirafan QI.

Selain itu, casing untuk HUAWEI P30 ini turut hadir dengan rekaan berlubang untuk keselesaan dan tidak licin untuk genggaman lebih sempurna. Nampaknya, telefon pintar anda tak akan jatuh secara tiba-tiba lagi selepas ini!

Boleh didapati dalam dua warna menarik

Bukan itu saja, bagi menyokong fungsi pengecasan tanpa wayar, casing telefon pelindung untuk HUAWEI P30 ini dihasilkan daripada bahan magnet yang membolehkan telefon anda mudah dipegang dan terletak elok pada pemegang telefon di dalam kereta anda.

Casing telefon untuk HUAWEI P30 ini boleh didapati dalam dua warna yang menarik iaitu oren dan hijau. Setakat ini, HUAWEI belum mendedahkan harga jualan rasmi dan bila ia boleh didapati di pasaran Malaysia.

Nantikan update terkini dari HUAWEI mengenai HUAWEI P30 Wireless Charging Case ini di laman web dan media sosial HUAWEI. Kalau dah rasmi nanti, cepat-cepat beli okay!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×