Famili

Perempuan Akan Jadi ‘Sebijik’ Macam Ibu Mereka Pada Usia 33 Tahun

32K
SHARES

“Makan jelah apa yang ada ni. Tak elok membazir. Tau tak ramai orang kat Afrika sana tengah kebuluran tau!”

“Kalau kamu tak dengar cakap, Papa balik nanti siaplah…”

Kadang-kadang kita mesti perasan kan, yang kita ni sebenarnya dok mengulang apa yang Mak kita cakap dekat kita masa kecil dulu.

Menurut sebuah pemerhatian, wanita akan mula ‘menjadi’ ibu mereka pada usia 33 tahun.

Tak mengejutkan bukan?

Wanita Mula ‘Menjadi’ Ibu Mereka Pada Usia 33 Tahun

Dalam pemerhatian yang dikendalikan oleh Dr Julian De Silva itu, 2000 orang peserta telah terlibat dan menjawab satu siri soalan berkaitan hal ini.

Hasilnya, kebanyakan wanita mendapati mereka mula mendapati pelbagai persamaan dengan ibu mereka pada usia 33 tahun sekalipun pernah bersengketa dan bertegang urat sebelum itu.

Apa yang membuatkan mereka ‘menjadi’ ibu mereka antaranya

  • Mula mempunyai minat terhadap hobi yang sama / serupa dengan ibu
  • Menonton rancangan TV yang sama
  • Membebel atau mengeluarkan perkataan yang sama seperti ibu mereka

Lelaki Pun Akan ‘Menjadi’ Seperti Ayah Mereka

Dr De Silva mengatakan bahawa lelaki pun tak terlepas daripada fenomena ini.

Dalam pemerhatian tersebut, golongan lelaki pula menunjukkan ciri seperti bapa mereka pada usia 34 tahun.

Kata beliau, “Kita semua akan menjadi seperti ibu bapa kita pada tempoh tertentu dalam hidup kita – dan ianya adalah sesuatu yang patut diraikan. Sebabnya mereka adalah insan yang paling hebat bagi kita dalam dunia ini.”

Foto Kredit: pride.kindness.sg

Kenapa Kita Bertukar Menjadi Seperti Ibu Bapa Kita

Walau kita cuba menafikan sekeras-kerasnya, mesti ada perelakuan atau persamaan yang dapat disamakan dengan ibu bapa kita.

Menurut saintis, neuron dalam otak kita akan mencari laluan yang lebih familiar, terutamanya apabila berhadapan dengan situasi yang menyebabkan kita stres.

Contohnya bila kita tertekan tengok anak menangis, dalam keadaan tak sedar kita pun menyanyikan lagu atau zikir yang dinyanyikan oleh Mak kita dulu.

Daniel Siegel dalam Psychology Today menjelaskan hal ini melalui sebuah perumpamaan visual:

Bayangkan kita nak pergi beri makan itik di sebuah kolam. Untuk ke kolam tu, kita kena melalui sebuah padang yang penuh dengan rumput tinggi. Bila kita melalui rumput tinggi tu, ia akan membentuk sebuah laluan.

Lepas dah beri itik makan, secara automatiknya kita akan lalu laluan tadi. Dan orang selepas kita pun tentu akan lalu dekat laluan tadi, walaupun tak ada arahan atau signboard yang suruh kita lalu kat situ kan?

Sebabnya otak kita akan rasa laluan ini pernah dilalui oleh orang lain. Jadi mesti selamat. Kalau lalu tempat lain, takut ada ular dan sebagainya.

Ya, beginilah yang dilakukan oleh otak kita bila kita meniru atau ‘tertiru’ perbuatan ibu ayah kita!

Kita Juga Boleh Mengawalnya

Tentulah setiap manusia unik dan mempunyai ciri keistimewaan masing-masing. Tapi mesti ada kalau tak banyak sedikit ciri persamaan yang ‘diturunkan’ oleh ibu ayah sebagai faktor persekitaran paling kuat bagi kita.

Walaubagaimanapun, ia tak bermaksud kita tak boleh mengubah dan menjadi diri kita sendiri. Semuanya bergantung kepada cara penerimaan dan persepsi kita terhadap sesebuah situasi.

Jadi bila kita sendiri dah jadi ibu atau ayah, kenalah berhati-hati dengan tindakan kita sebabnya anak-anak kita pula yang akan meniru kita bila besar nanti!

 

*Sumber: DailyMail, Harley Street, Psychology Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×