Famili

Umrah Istanbul, Pengalaman Umrah Ziarah 2014!

1.5K
reads
Pengalaman Umrah Istanbul , Baca Travelog Ziarah 2014 Ini!

Bagaikan sudah menjadi ‘trend’ masakini, terutama tahun 2014 ini, ramai jemaah Malaysia mengambil peluang untuk mengunjungi Istanbul di Turki sebelum mengerjakan umrah. Kebiasaannya, jemaah akan ke Istanbul, kemudian ke Madinah dan destinasi terakhir ialah ke Makkah.

Umrah Istanbul Satu Kelainan?

Kita simpan keseronokan mengerjakan umrah buat seketika. Mari berbincang tentang keunikan singgah di Istanbul.

Ramai yang menjejakkan kaki ke bumi Istanbul hasil karya dan nukilan Ustaz Hasrizal Jamil (saifulislam.com) dengan buku beliau yang bertajuk Secangkir Teh Pengubat Letih. Memang benar, ia dapat memberikan sedikit gambaran tentang keagungan Islam pada zaman Uthmaniyyah.

Justeru, jemaah yang berkesempatan menjejakkan kaki ke bumi Istanbul dahulu, pasti berkobar-kobar semangat juang Islam dalam dada mereka.

Umrah Istanbul Package Lebih Mahal?

Sudah tentu! Ini kerana ia melencong sedikit ke Eropah sebelum melencong kembali ke kawasan Asia Barat. Bukan itu sahaja, belanja di Istanbul yang menggunakan matawang Lira juga membuatkan ramai yang kerut dahi.

Travel Agent Mana Yang Bagus Untuk Package Umrah Istanbul?

Berdasarkan kajian dan pengalaman, tentu sekali Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. Ini kerana syarikat ini telah membuat perjanjian dengan Turkish Airlines untuk ‘charter’ kapal terbang dalam tempoh beberapa tahun.

Berikut ialah contoh aturcara dan itinerary dari Andalusia:

KUALA LUMPUR

  • Berkumpul di KLIA
  • Check-in bagasi, Serahan passport / boarding pass
  • Berlepas ke Istanbul

ISTANBUL

  • Roman Hippodrome.
  • Blue Mosque
  • Spice Market
  • Topkapi Palace (Nota: Ditutup setiap hari Selasa)
  • Grand Covered (Nota: Ditutup setiap hari Ahad)

BURSA

  • Green Tomb
  • Pasar Sutera (Koza Han) (Nota : Ditutup setiap hari Ahad )
  • Grand Mosque

MADINAH

  • Ziarah Dalam – Maqam Rasulullah SAW dan sahabat, Raudhah dan Perkuburan Baqi’

MAKKAH

  • Umrah 3x (dibimbing oleh Mutawiff)
  • Ziarah Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur

**Aturcara am ini adalah sebagai rujukan awal sahaja dan tertakluk kepada perubahan jadual penerbangan, perubahan masa dan lain-lain faktor semasa di luar kawalan syarikat

Ada Blog Yang Berkongsi Travelog Umrah Istanbul?

Ada banyak! Antaranya:

1. Ida dari blog ida-homelicious.blogspot.com terbang ke Turki untuk Umrah Istanbul pada bulan Februari 2014. Ada banyak gambar menarik yang beliau kongsikan.

http://ida-homelicious.blogspot.com/2014/03/umrah-ziarah-istanbul-day-2.html

2. Puan Siti Azura pula mungkin ada pandangan tersendiri tentang servis dari Andalusia pada bulan Ogos 2013. Beliau secara jujur menulis review untuk panduan bakal jemaah Umrah Istanbul. Boleh hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

http://pembuatkopi.blogspot.com/2013/08/review-umrah-andalusia.html

3. Pasangan baru berkahwin ini pula cukup gembira dengan rancangan mereka untuk Umrah Ziarah DIY yang cukup santai.

http://theponderofme.blogspot.com/2014/02/diy-umrah-ziarah-di-sini-bermulanya.html

4. Catatan Puan Hanun pula yang menunaikan umrah bersama anak-anak cukup membantu pasangan lain yang mempunyai anak kecil. Sungguh, bukan mudah membawa dua anak lelaki yang beliau gelar ‘Imam Muda’. Dengan sifat sabar dan kasih sayang, segalanya berjalan lancar pada bulan Mac 2014 yang lalu.

http://raisingupimammudas.blogspot.com/2014/03/umrah-bersama-anak-anak.html

5. Syed Syafiq merakam panorama Istanbul yang cukup mengujakan. Apa yang lebih menarik, beliau mendokumentasi perjalanan di Istanbul pada setiap hari, dengan cerita bergambar.

http://osembelog.blogspot.com/2014/02/travelog-turki-part-1.html

6. Anna yang berkunjung bersama suami tersayang berkongsi pengalaman menarik bersama Tour Guide yang boleh berbahasa Melayu, iaitu Ali Baba pada April 2014 yang lalu.

http://anna-alaui.blogspot.com/2014/04/kembara-sirah-dan-ibadah-day-1-part-1.html

7. Yatie, suami dan anak-anak juga berkongsi kegembiraan di Istanbul sebelum berangkat untuk mengerjakan Umrah pada bulan Julai 2014 yang lalu. Pada setiap pengakhiran catatan blog beliau, ada tips yang cukup membantu.

http://yatiechomeyl.blogspot.com/2014/07/ziarah-ke-bursa-turki-day-1.html

8. Yang terakhir, catatan travelog Umrah Istanbul yang paling lengkap ialah dari Encik Rosli. Boleh dikatakan, pengalaman beliau ke Istanbul yang dizahirkan dengan 40 bab cukup mengujakan.

http://irosli63.blogspot.com/2014/02/istanbul-aku-datang-bersama-keluarga.html

Justeru, bagi sesiapa yang berhajat untuk menunaikan umrah, boleh buat perancangan untuk singgah ke destinasi Istanbul dahulu!

Yang Popular

To Top