Famili

Pengalaman Ngeri Si Ibu & Anak Disergah Lelaki ‘Misteri’ Ketika Tunggu Dalam Kereta

490
SHARES

“Jangan lupa kunci pintu kereta.” Setiap kali menunggu ibu dan ayah di dalam kereta, pastinya mereka akan memesan untuk mengunci pintu kereta supaya perkara yang tak diingini dapat dielakkan. Oleh itu, wanita ini telah berkogsi detik cemasnya berada di dalam kereta bersama anaknya ketika menunggu suaminya di bank.

TAK LOCK PINTU KERETA

Ya Allah Ya Allah Ya Allah. Rasa berdebar, menggigil tak abis lagi dari tadi. Alhamdulillah Allah masih pelihara aku dan anak-anak.

Kejadian baru je jadi tadi, dlm pukul 8.00-8.30pm. Kitaorang 1 family nak keluar pergi jusco, nak beli barang. Husband berhenti sekejap depan Maybank Kapar, nak keluarkan duit. Silap aku juga tak terus lock pintu masa dia keluar.

SEORANG LELAKI BERHENTI SEBELAH KERETA

Tiba-tiba ada sorang lelaki bangsa india naik motor honda putih tak silap aku, berhenti sebelah kereta & dengan slamber buka pintu depan. Aku yang duduk 2nd row secara spontan menjerit “hoi nak apa”!!.
Terkial-kial aku nak buka seatbelt, terus jengah ke depan. Dia kata ada sepuluh ringgit tak, aku cakap takde-takde. Cepat-cepat terus tutup pintu & lock.

CUBA BUKA PINTU KALI KEDUA

Orang tu tak beredar lagi, dia nampak pula Stella duduk di car seat dia tepi tingkap tengah pegang handphone tgk Didi. Dengan beraninya dia cuba buka pintu kali kedua. Nasib pintu dah lock, aku dengan sepantas kilat tekan hon kuat & lama. Orang tu dah gabra, kelam kabut & cabut. Pastu husband pun keluar dari bank, tapi tak tahu cerita lagi.

Tak dapat bayang kalau dia ada pegang besi ke kayu, buatnya dia pecahkan cermin ke. Nauzubillahiminzalik..

Kejadian ni berlaku tak sampai seminit pun husband turun kereta, kena berhati-hati sentiasa. Keadaan sekarang tak macam dulu. Banyak org jahat, tak kira bangsa apa pun.

*Pengajaran untuk semua supaya sentiasa berhati-hati dan kunci pintu untuk keselamatan sekiranya menunggu sesorang di dalam kereta ya!

Sumber: Sarah Samat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×