Famili

Bilik Hampir Diceroboh Lelaki Tak Dikenali, Pengalaman Cemas Isteri Ketika Menginap Di Hotel

57
SHARES

“Yeay! Ayah ada outstation, boleh tidur hotel!!”

Bila si suami ada kerja di luar, para isteri mesti ambil peluang bawa anak bersama mengikut si bapa menginap di hotel. Ini kerana, dalam masa yang sama, ia juga dapat ubah persekitaran anak-anak untuk dapatkan ‘exposure’ baru. Tapi, ayah ini kongsi pengalaman cemas isterinya ketika di dalam bilik hotel hampir diceroboh oleh seorang lelaki misteri baru-baru ini.

ISTERI & ANAK DI BILIK HOTEL



Seorang suami mula menyedari mesej dari isteri selepas 16 minit ketika sedang memberi ceramah. Isteri dan anaknya berada di hotel manakala beliau sedang bekerja di UTM.”Ada orang cuba masuk bilik.”

TIADA YANG LEBIH PENTING DARI KESELAMATAN KELUARGANYA


Beliau berjaya menghubungi isterinya dan telah diberitahu bahawa bilik hotel yang mereka diami hampir diceroboh oleh lelaki yang tidak dikenali. Tetapi, isteri menyuruh beliau menghabiskan masa berbaki 30 minit ceramah sebelum pulang ke hotel. Walaubagaimana pun, fikirannya risau memikirkan keselamatan keluarganya.

KUNCI BILIK DENGAN BETUL BILA DUDUK DI HOTEL


Pintu hotel itu berjaya dibuka tetapi tersekat kerana isterinya menggunakan selak di tepi pintu. Beliau juga pesan kepada semua supaya berhati-hati dan pintu sentiasa berkunci.
Sebaik tiba di hotel, beliau terus memeluk isterinya dan berasa sangat bersyukur kerana tiada apa-apa buruk yang berlaku kepada keluarganya.

*Sentiasa kunci pintu tak kira di mana kita berada okay? 🙂

Sumber: AimanPsikologi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×