Hospital

Pengalaman Bersalin di UKMSC (Specialist Centre) @ Private Wing, Cheras, KL

5.7K
reads
Pengalaman bersalin di UKMSC

Jenis Hospital: Swasta

Alamat:
7th floor, Clinical Block,
UKM Medical Centre,
Jalan Yaakob Latif, 56000 Cheras, KL

Nombor telefon: 03-9171 0141

Laman web: www.ukmsc.com.my

Email : info.ukmsc@gmail.com

Lokasi :

[flexiblemap address=”UKM Specialist Centre ” title=”Hospital UKM Specialist Centre”]

 

[infobox title=’Tentang Hospital UKM Specialist Centre’]

Pengalaman bersalin di UKMSC

 

UKMSC beroperasi pada tahun 1999 di bawah nama bekas Kompleks Rawatan Khas. Kemudian di bawah pengurusan Hospital UKM, UKMSC diuruskan sepenuhnya oleh UKM Kesihatan Sdn Bhd sejak tahun 2001.

UKMSC mula beroperasi sebagai pusat perubatan swasta pada 22 April 2003 selepas mendapat lesen operasi daripada Kementerian Kesihatan. Di UKMSC, anda akan mendapat perhatian yang tidak berbelah bahagi dan penjagaan peribadi yang diberikan oleh doktor dan kakitangan kami semasa lawatan dan menginap di UKMSC.

[/infobox]

 

1. Kos / Harga Bilik

Pengalaman bersalin di UKMSC

 

Info tambahan :

* Penjagaan day care di bilik lain akan dikenakan caj sebanyak 50% daripada kadar bilik biasa

* Semua makanan yang disediakan untuk pesakit ditanggung halal

2. Harga / Kos Bersalin

  • Bersalin normal : RM 2,000
  • Bersalin Pembedahan : RM 4,000.00

 

Info Tambahan :

* Deposit akan diperlukan pada masa kemasukan. Jumlah ini akan bergantung kepada bilik yang dipilih dan jenis kes. Bayaran tunai, kad kredit utama dan draf bank sahaja (dibayar kepada UKM Kesihatan Sdn Bhd) diterima. Dukacita dimaklumkan bahawa UKMSC TIDAK menerima cek peribadi.

* UKMSC menerima Surat Jaminan daripada perbadanan insurans dan syarikat-syarikat yang telah berdaftar kemudahan kredit dengan UKMSC. Sila kemukakan surat jaminan anda selepas pendaftaran atau kemasukan. Jika tidak, anda akan dikehendaki membayar deposit.

* Pesakit yang membayar deposit secara tunai akan menerima bayaran balik deposit bergantung kepada kos sebenar yang ditanggung. Walau bagaimanapun, sekiranya deposit itu tidak mencukupi, anda akan dinasihatkan untuk menambah deposit semasa menginap di hospital.

3. Pakej Bersalin

Tiada pakej bersalin di tawarkan di UKMSC

 

4. Bilangan Katil

Tiada info

 

5. Kemudahan, Servis dan Fasiliti

  • Menyediakan khidmat penyusuan persendirian (dengan bayaran)
  • Perkakas mandi untuk pesakit
  • Peti besi
  • Televisyen di setiap bilik

 

6. Senarai Doktor Pakar

  • Prof. Dr. Ahmad Zailani Hatta Mohd Dali
  • Prof. Dr. Mohd Hashim Omar
  • Prof. Dr. Zainul Rashid Mohd Razi
  • Assoc Prof. Dr. Ani Amelia Dato’ Zainudin
  • Assoc. Prof. Dr. Lim Pei Shan
  • Assoc. Prof. Dr. Nur Azurah Abd Ghani
  • Dr. Abdul Kadir bin Abdul Karim
  • Dr. Aqmar Suraya Sulaiman

* Temujanji boleh dibuat melalui telefon atau melalui email

 

7. Pengalaman bersalin di UKMSC

Di sini kami kongsikan beberapa pengalaman blogger dan pengalaman penulis sendiri semasa mendapat rawatan di UKMSC.

Pengalaman bersalin di UKMSC, Tahun 2014

1. Nurin Khairi menceritakan pengalaman dan juga kos bersalin di UKMSC pada tahun 2014

ukmsc2

Ingin tahu lebih lanjut? Sila klik link ini.

 

Pengalaman bersalin di UKMSC, Tahun 2014

2. Puan Didi Azhar pula berkongsi pengalaman beliau melakukan pemeriksaan bulanan di UKMSC

Didi call terus UKMSC General Line : 03-9172 6064 / 7326 masa bulan jun 2014 untuk first appointment. Lepas tu kaunter bagi date 22 aug 2014 untuk jumpa Dr Aqmar. Masa tu Dr Aqmar Suraya je gynae perempuan yang available. Kalau korang nak tahu, kene buat appointment dulu before jumpa gynae. Jangan main terjah pulak ye. Sekurang-kurangnya 3 kali kena jumpa Dr. iaitu usia kandungan sekurang-kurangnya 7 bulan. Kalau dah lambat memang la tak dapat ye.

Didi sampai UKMSC dalam pukul 830am,sempatlah makan dulu. Lagipun cousin didi temankan kami yang tak tahu jalan nak p level UKMSC ni. Tak familiar sgt banggunan ppukm. Padahal kat level 7 je.

Sampai je level 7, mimi cakap mana semua orang?sunyi je level 7 ni. Hahaha

Memang berbeza dengan level lain.senyap je orang-orang kt level 7 ni. Good-good…
Baru la tenang sikit perasaan nak bersalin nanti, InsyaAllah.

Dah register kat kaunter, nurse suruh buat urine test. Kena layan diri sikit la.
Ambil bekas urine yang bersih lepas tu bagi kat bilik lab
Lepastu nurse akan settle kan semua. Sambil tu dia check BP & cek berat didi
Settle je semua tu, kena tunggu kt depan bilik Dr Aqmar.

Walaupun appointment didi pukul 9 tapi sebabkan didi lambat register,kena la tunggu lama sikit.

1st come 1st serve. Dalam pukul 11am baru dapat jumpa Dr. fuhh..lama jugak rupanya.

Bersambung di link ini..

 

Pengalaman bersalin di UKMSC, Tahun 2014

3. Saya kongsikan pengalaman sebenar saya melakukan pemeriksaan dan melahirkan anak di UKMSC pada tahun 2014.

Saya melahirkan anak saya yang pertama pada tahun 2014. Saya memilih UKMSC kerana hospital ini sangat dekat dengan rumah saya malah ahli keluarga saya dan suami tinggal berdekatan. Jadi UKMSC adalah pilihan pertama kami. Saya menjalani pemeriksaan di sana ketika kandungan saya sudah masuk 7 bulan. Sebelum itu saya menjalani rawatan di klinik luar. Jika anda memilih untuk bersalin di UKMSC, anda harus sekurang-kurangnya menjalani rawatan sebanyak 3 kali dengan gynae UKMSC.

Saya memilih untuk walk in dan membuat temujanji dengan gynae pilihan. Sebelum itu, saya sudah pun membuat research di internet. Prof. Hashim antara gynae yang popular di UKMSC. Namun saya memilih Dr. Aqmar Suraya selepas dicadangkan oleh jururawat di situ. Dr. Suraya sebelum ini bertugas di HUKM. Beliau seorang yang sangat lembut, peramah dan sering menjawab segala permasalahan saya. Kos pemeriksaan bulanan bergantung kepada ubat dan keadaan ibu ketika itu. Paling rendah kos saya ketika itu adalah Rm100++ dan paling tinggi sebanyak RM400 kerana ketika itu mereka harus mengambil sample darah untuk ujian makmal.

Saya melahirkan anak saya pada minggu ke 38. Jika anda sudah menunjukkan tanda untuk bersalin, anda harus pergi ke jabatan O&G yang terletak berdekatan dengan bilik kecemasan. Selepas jururawat memeriksa keadaan saya, saya terus ditahan wad. Untuk pengetahuan anda labour room, operation teater dan jururawat adalah dari HUKM. Cuma bilik dan jururawat selepas bersalin adalah dari UKMSC. Selepas beberapa jam sakit, air ketuban saya dipecahkan oleh salah seorang team Dr. Suraya. Dari saat itu bermulalah perjuangan saya. Suami saya menemani saya sepanjang saya di labour room. Saya terpaksa mengambil epidural kerana saya kalah di pertengahan jalan. Saya ada kongsikan pengalaman eipudural saya di sini.

Akhirnya, selepas 8 jam sakit Dr. Suraya menasihati saya untuk menjalani pembedahan kerana menurut beliau kepala bayi sudah masuk laluan tetapi sedikit senget. Tambah beliau degupan jantung bayi saya juga sudah jatuh. Pada pukul 10.45 pagi saya ditolak masuk ke operation teater. Suami saya dibenarkan masuk menemani saya sepanjang pembedahan tetapi dia sebenarnya tidak duduk di sebelah saya pun. He really enjoy the surgery malah dia rekod saat perut saya ‘dikokak’. Sepanjang pembedahan, pakar bius duduk di sebelah saya untuk mengawal kondisi saya. Alhamdullilah pembedahan selesai pada pukul 11.15 pagi. Selepas itu saya di tempatkan di recovery room selama 20 minit dan terus di bawa ke bilik saya di tingkat 7.

Untuk pengetahuan, sebelum saya bersalin saya sudah pun melakukan survey dengan melihat sendiri keadaan bilik di UKMSC. Saya memilih bilik single deluxe. Beza antara single deluxe dan single standard adalah tandas. Single deluxe tidak berkongsi tandas manakala single standard berkongsi tandas dengan bilik sebelah. Keadaan bilik sangat baik cuma siaran tv kurang memuaskan. Bercakap tentang jururawat di sana, mereka semua memberikan perkhidmatan yang baik dan pantas. Saya akan menggunakan khidmat jururawat setiap kali anak saya menangis lebih-lebih lagi pada waktu malam. Mereka juga mengajar saya cara untuk menyusukan anak untuk kali pertama. Dr. Suraya akan melawat saya setiap pagi untuk memeriksa keadaan saya. Pakar kanak-kanak juga menjalankan tugasnya dengan baik. Cuma penerangan dari beliau agak laju. Mungkin beliau seorang yang jenis bercakap dengan pantas.

Komen tentang makanan pula, setiap hari saya akan diberikan menu makanan pagi, tengahari, minum petang dan makan malam. Semua menu memang menyelerakan namun saya sudah mula berpantang jadi semua makanan dihabiskan oleh orang yang tidak berpantang. Waktu melawat di UKMSC dilanjutkan sehingga pukul 11 malam berbeza dengan HUKM. Pada hari ketiga saya dibenarkan pulang selepas Dr. Suraya berpuas hati dengan keadaan saya. Bayaran yang harus saya tanggung ketika itu adalah sebanyak RM 5,400.00. Harga ini adalah termasuk kos pembedahan, nursery, epidural, caj doktor pakar dan juga kos bilik. Pada pendapat saya harga tersebut amat berpatutan dan saya pasti akan mendapatkan rawatan di UKMSC  jika ada rezeki hamil sekali lagi.

Sekian sahaja perkongsian dari saya.

Bagaimana dengan anda?

Pernah bersalin di UKM Specialist Centre? Jika pernah, kongsikan pengalaman bersalin di UKMSC di ruangan komen di bawah. Bukannya apa, sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit maklumat, panduan dan manfaat untuk bakal ibu yang lain!

[rwp-review id=”0″]

[rwp-table id=”0″]

[rwp-table id=”1″]

 

Yang Popular

To Top