Hospital

Pengalaman Bersalin Di DEMC Shah Alam (Darul Ehsan Medical Centre)

3.7K
reads
Pengalaman bersalin di DEMC

Jenis Hospital: Swasta

Alamat: 
Darul Ehsan Medical Centre
No 4 Jalan Ikhtisas, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Nombor telefon:
603 – 5515 1888 (General Line)
603 – 5515 1966 (Appointment Line)
603 – 5515 1815 (Fax)

Laman web: www.demc.com.my

Email: careline@demc.com.my

Lokasi:

[flexiblemap address=”Darul Ehsan Medical Centre” title=”Darul Ehsan Medical Centre”]

[infobox title=’Tentang DEMC (Darul Ehsan Medical Centre)’]

Pengalaman bersalin di DEMC

Hospital Pakar DEMC Shah Alam adalah kumpulan penjagaan kesihatan yang berkembang pesat di Shah Alam yang menawarkan spektrum gabungan penjagaan primer, perkhidmatan pakar dan program kesihatan kesihatan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat, negara dan pelanggan antarabangsa.

DEMC berusaha untuk terus memberikan perkhidmatan yang unik dan berbeza dengan komitmen tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggan mereka. DEMC berbangga dengan reputasi mereka untuk mewujudkan satu pengalaman yang benar-benar prihatin di DEMC. DEMC sentiasa cuba menyediakan perkhidmatan baru dan keperluan pelanggan melalui penglibatan dan perkongsian strategik.

Dengan berbuat demikian, DEMC mencipta formula kejayaan dengan memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang berkembang pelanggan-pelanggan mereka. Falsafah DEMC ini adalah salah satu cara untuk mendekati pelanggan dengan menyediakan inovasi nilai dan kualiti dalam semua usahanya.[/infobox]

 

1. Kos / Harga Bilik

1. The Orchid Suite

Harga : RM 1,500.00

  • Bilik mini dengan 1 katil pesakit bersama 1 katil tambahan
  • Dua (2) bilik mandi
  • Almari
  • Bilik mini untuk ruang makan
  • Dua (2) set TV kabel (Astro)

2. The Suites

Harga : RM 600.00

  • Terdiri dari 4 konsep dan dekorasi bilik : Bali, Jepun, English dan Perancis
  • 1 katil pesakit bersama 1 katil tambahan
  • 1 Bilik mandi
  • Almari
  • Dua (2) set TV kabel (Astro)

3. Executive

Harga : RM 450.00

  • 1 katil pesakit, 1 katil tambahan
  • 1 bilik mandi
  • Almari, peti sejuk, pet besi
  • Satu (1) set TV kabel (Astro)

4. Single bed

Harga : RM 185.00

  • 1 katil pesakit
  • 1 bilik mandi
  • Almari, peti sejuk, peti besi
  • Satu (1) set TV kabel (Astro)

5. Double bed

Harga : RM 145.00

  • 2 katil pesakit
  • 1 bilik mandi
  • Almari, peti sejuk, peti besi
  • Satu (1) set TV kabel (Astro)

* Semua harga bilik termasuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Masakan adalah eksklusif dari dapur DEMC.

* Pelbagai menu dan perkhidmatan bilik disediakan disetiap bilik

 

2. Harga / Kos Bersalin :

Normal delivery : RM 3,800 – 4,500.00 (tanpa komplikasi)

i. Deposit : RM 2,000.00

ii. Bilik single, 2 hari 1 malam

 

Pembedahan elektif (Elective cesarean) : RM RM 8,500 – 11,000.00 (tanpa komplikasi)

i. Deposit : RM 5,000.00

ii. Bilik single, 3 hari 2 malam

 

Pembedahan kecemasan (Emergency cesarean) : RM 10,000 – 12,000.00 (tanpa komplikasi)

i. Deposit : RM 5,000.00

ii. Bilik single, 3 hari 2 malam

 

Informasi tambahan

** Epidural : RM 1,000.00

** Vacuum & Forcep : RM 800.00

** Harga termasuk makanan

** Semua kos di atas adalah kos anggaran sahaja

 

3. Pakej Bersalin

Setakat maklumat yang kami ada, DEMC tidak menawarkan pakej bersalin. Sila rujuk kos bersalin seperti yang disenaraikan di atas. Untuk pengetahuan, kos mungkin akan berubah, samada menjadi lebih tinggi atau lebih rendah. Ia bergantung kepada situasi sewaktu bersalin, kos rawatan, pilihan bilik, komplikasi semasa bersalin dan lain-lain.

 

4. Bilangan Katil

Tiada info

 

5. Kemudahan, Servis dan Fasiliti

  • Kelas antenatal di adakan setiap bulan sepanjang tahun
  • Perkhidmatan jururawat ke rumah selepas discharge
  • Breastfeeding support group
  • Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, Astro, peti besi, extra bed dan lain-lain

6. Senarai Doktor Pakar

Obstetrics & Gynaecology

  • Dr. Norleen Mohd Salleh
  • Dr. Fairuz A’shikin Abd. Kadir
  • Dr. Zamri Abdul Rahim
  • Dr. Mazita Mashor
  • Mej (Rtd) Thaneemalai Jeganathan
  • Dr. Jumeah Shamsudin

**Temujanji juga boleh dilakukan secara online

 

7. Pengalaman bersalin di DEMC

Jom baca pengalaman bersalin di DEMC oleh beberapa blogger dan individu yang ditemubual secara eksklusif

Ikuti pengalaman blogger Almiraz yang melahirkan anak kedua di DEMC

Pengalaman bersalin di DEMC

..teruskan bacaan anda di link ini..

 

Pengalaman bersalin di DEMC, Tahun 2014

Ini pula temubual eksklusif kami bersama Puan Nurul Hajar Razman yang melahirkan anak pertamanya secara cesarean pada tahun 2014

Saya telah mula medical check up di DEMC sejak saya dapat tahu saya hamil. Gynae pilihan saya ialah Dr. Fairuz A’shikin. Dr. Fairuz seorang yang knowledgeable dan lembut. Semua penerangan darinya sangat terang dan jelas.

Saya melahirkan anak saya yang pertama secara cesarean. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Saya tinggal di bilik single selama 4 hari 3 malam. Bilik amat selesa dan luas. Ada kerusi malas disediakan untuk suami saya.

Dari segi layanan jururawat, semuanya baik-baik belaka. Jururawat akan datang bertanya setiap kali bayi saya menangis dan akan terus bawa bayi ke bilik nursery. Pilihan menu makanan yang disediakan amat menepati citarasa tetapi malangnya saya tak dapat jamah kerana sudah mula berpantang. Untuk pengetahuan, segala keperluan bayi seperti lampin, baju, mandian dan lain-lain semuanya disediakan oleh pihak DEMC. Pendek kata, saya hanya bawa badan sahaja.

Pada hari kedua di sana, fisioterapi akan datang dan mengajar cara untuk bangun dari katil. Selepas seminggu discharge, DEMC akan menghantar jururawat untuk memeriksa keadaan ibu dan bayi di rumah. Kos yang dikenakan untuk semua servis adalah sebanyak RM 9,800.00. Kos ini adalah termasuk kos rawatan bulanan sejak dari 8 bulan sehingga bersalin.

Cuma 1 perkara yang saya agak kurang berpuas hati suami saya tidak dibenarkan menemani saya ketika di bilik pembedahan. Pada hari discharge dari hospital, saya dibekalkan dengan diapers, 1 pek kelengkapan bayi dan lain-lain lagi. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan semua servis dan layanan dari DEMC. Jika ada rezeki hamil anak kedua, saya tidak akan teragak-agak untuk memilih DEMC sekali lagi sebagai hospital bersalin.

 

Pengalaman bersalin di DEMC, Tahun 2014

Ikuti pula pengalaman Kasihaleeya yang melahirkan ketiga-tiga anak beliau di DEMC

Huahaha… gitew.. kemain korang ni anjer-anjer semuanya.. ai ingat ai je yang manja..korang pon sibukkkk je nak manja… “kak filla, sharelah info pasal DEMC tempat kak filla bersalin tu.. nak tau harga.. sebab kitew nak bersalin bulan 7, bulan 8, bulan 9, tahun depan” amboi over.. hahaha..

Demi anda semua yang ku sayangi.. baiklah meh akak share walaupon gila promote hospital tapi unpaid advert.. mak tak kisah noks..

FYI, anak aku dah 3 orang.. dari anak pertama sampai ketiga semua bersalin kat DEMC ni.. dari DEMC ni kat seksyen 9 (shoplots area) sampai lah dah ada building sendiri kat Seksyen 14, Shah Alam.. dan semua anak-anak aku, Dr. Norleen yang sambut.. Alhamdulilah takde masalah 😉

Dari checkup masa pregnant pon aku dengan Dr. Norleen jugak.. so aku rasa selesa sebab incase apa-apa dia ‘jaga’ aku dari aku pregnant…. tapi tak tentu jugak.. kalau korang amik Doktor yang checkup korang tu.. sekali tup-tup masa bersalin Dr. takde.. so redho je lah Dr. lain yang sambut baby ok? biasanya Dr. ni diorang on call je.. so tak kira lah ko beranak kul 3 pagi pon Dr. korang akan turun jugak time delivery tu.. teruskan bacaan anda di link ini..

Bagaimana dengan anda?

Pernah bersalin di DEMC Shah Alam? Jika pernah, kongsikan pengalaman bersalin anda di ruangan komen di bawah. Bukannya apa, sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit maklumat, panduan dan manfaat untuk bakal ibu yang lain!

[rwp-review id=”0″]

[rwp-table id=”0″]

[rwp-table id=”1″]

Yang Popular

To Top