Famili

Suami Jangan Panik! 5 Cara Boleh Bantu Tenangkan Isteri Ketika Sakit Hendak Bersalin

216
SHARES
Foto Kredit : www.wholeparent.com

Setiap isteri pasti mahukan suami menemani mereka ketika hendak bersalin. Sakit ketika saat hendak bersalin memang amat menyakitkan hingga menyebabkan ada ibu hamil yang menitiskan air mata.

Sebenarnya kehadiran si suami sangat diharapkan oleh isteri kerana boleh memberikan kata-kata semangat serta membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami.

Walaupun suami juga mengalami perasaan gemuruh dan takut ketika itu, tetapi anda perlu kuatkan semangat kerana isteri sedang bertarung nyawa untuk dua nyawa.

Sekurang-kkurangnya dapatlah wanita yang sedang sakit hendak bersalin meluahkan dan berkongsi kesakitan yang dialami dengan orang paling terdekat iaitu suami.

Sebagai suami, janganlah disebabkan anda tidak merasakan kesakitan tersebut jadi anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Bila isteri mengadu sakit ketika kontraksi,  janganlah cuma menyuruh mereka bersabar sedangkan anda leka dengan gajet. Ada beberapa perkara yang ada boleh lakukan untuk bantu tenangkan mereka.

Jom tengok 5 tips apa yang patut encik-encik suami semua lakukan bagi membantu meringkankan kesakitan isteri ketika kontraksi bersalin menyerang.

5 Cara  Suami boleh lakukan untuk bantu tenangkan isteri dalam bilik bersalin.

1. Urutan beri kelegaan

foot-massage-during-pregnancy

Foto Kredit : foottherapy.net

Urutan lembut yang penuh kasih sayang dapat melegakan isteri. Tiada ubat tahan sakit yang boleh mengalahkan sentuhan kasih sayang daripada suami ketika sakit hendak bersalin.

Urutan boleh melepaskan hormon endorfin yang menjadi pelega sakit kontraksi yang sedang dialami. Cara mengurut tak perlulah berurut seperti orang sakit terseliuh.

Cukup sekadar mengurut di bahagian bahu isteri untuk melegakan stress di bahu dan membantu bernafas lebih teratur.

Selain itu, suami juga boleh mengurut kaki dari buku lali ke jari kaki, atau membuat lingkaran dengan ibu jari di seluruh tapak kaki.

Urutan pada kaki sebenarnya membantu memanaskan kaki yang sejuk. Urutan tangan melibatkan pergelangan dan tapak tangan pula membantu menenangkan.

2. Beri kata-kata semangat dan motivasi

Semakin hampir waktu hendak melahirkan bayi, semakin sakit mereka rasakan. Masa ini memang tak boleh nak bercakap dah. Kata-kata semangat daripada suami membuatkan isteri lebih bersemangat dan memberi ekstra tenaga.

Bagi yang Muslim, boleh berzikir dan membaca ayat-ayat Al-Quran untuk menenangkan isteri. Berikan tangan anda untuk digenggam isteri. Begitu juga semasa meneran, dorong isteri untuk meneran sehabis baik supaya si kecil mudah dan selamat dilahirkan.

3. Ingatkan isteri teknik pernafasan

hus-comfort-7_4x3

Foto Kredit : babycenter.in

Bagi pasangan suami isteri yang telah mengikuti kelas antenatal, jangan lupa praktikkan apa yang dipelajari. Teknik pernafasan yang betul dapat mengurangkan kesakitan dan memudahkan kelahiran bayi.

Ingatkan isteri anda, kerana ketika sakit dia cenderung untuk lupa segala apa yang dipelajari.

4. Sediakan makan dan minum

Jika suami boleh berada di bilik bersalin menemankan isteri, sediakan bekalan minuman dan snek (seperti kurma atau roti) yang cukup sebagai bekalan untuk isteri.

Suami perlu tahu makanan yang membantu isteri untuk mudahkan proses bersalin. Kurma dapat memberi tenaga kepada isteri kerana ia sangat diperlukan pada waktu tersebut. Anda boleh membantu isteri minum air sedikit demi sedikit untuk melegakan kesakitan yang mereka alami.

5. Hulurkan bantuan dari segi keperluan bayi dan isteri

things-pack-hospital-birth

Foto Kredit : popsugar.com

Kebanyakan ayah atau bakal ayah tidak tahu apa yang patut dilakukan semasa berada di bilik bersalin. Tidak dinafikan ramai yang terkedu terutamanya bagi yang kali pertama. Jangan panik kerana lagi anda panik, lagi stres isteri anda.

Jadi, sediakan kelengkapan yang lengkap seperti pakaian bayi dari beg yang anda bawa. Jadi buat persediaan awal sekiranya tarikh bersalin sudah hampir. Sekurang-kurangnya ada sumbangan yang anda berikan semasa isteri sedang bergelut dengan kesakitan hendak bersalin!

Walaupun kesakitan melahirkan anak hanya dilalui oleh isteri tetapi penglibatan suami untuk sama-sama melalui susah payah tersebut memberikan kekuatan kepada isteri. Berikan kekuatan tersebut kepada isteri anda.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×