Hospital

Pengalaman Bersalin Di HUKM – (PPUKM, Cheras)

47
SHARES
Pengalaman bersalin di HUKM

Jenis Hospital: Kerajaan

Alamat:
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak,
56000, Cheras, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Nombor telefon:
+603-9145 5555
+603-9145 6640 (Fax)

Laman web: www.ppukm.ukm.my

Email: [email protected]

Lokasi :

[flexiblemap address=”Pusat Perubatan UKM” title=”Pusat Perubatan UKM”]

[infobox title=’Tentang PPUKM’]

header_bck2

Fakulti Perubatan, yang kini berusia 35 tahun, telah ditubuhkan pada 30hb Mei 1972 sebagai sebuah institusi perubatan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mengajar kursus-kursus perubatan dan kejururawatan, penyelidikan perubatan dan perkhidmatan klinikal, di bawah pentadbiran seorang Dekan. Pada mulanya, kursus perubatan yang dijalankan untuk pelajar-pelajar perubatan dan perkhidmatan perubatan yang disediakan oleh pensyarah-pensyarah dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang digunakan sebagai hospital pembelajaran.

Pada tahun 1997, Hospital UKM (HUKM) telah dibangunkan sebagai hospital pembelajaran untuk pelajar-pelajar Fakulti Perubatan, UKM. Struktur pentadbiran HUKM diasingkan dari fakulti dan ketuanya merupakan Pengarah Hospital. Pada mula HUKM ditubuhkan, jawatan Dekan dan Pengarah Hospital dipegang oleh seorang pegawai, tetapi sejak tahun 1998, Fakulti Perubatan telah mempunyai Dekannya tersendiri dan UKM pula mempunyai Pengarahnya tersendiri.

Walaubagaimanapun, pada 14hb Disember 2007, Fakulti Perubatan dan HUKM telah digabungkan untuk mewujudkan entiti yang dikenali sebagai Pusat Perubatan UKM (PPUKM), atau UKM Medical Centre (UKMMC), dengan moto Mengintegrasikan Pembelajaran dan Penyelidikan Demi Masyarakat. PPUKM diketuai oleh seorang Dekan merangkap Pengarah yang bertanggungjawab menguruskan semua bahagian akademik, penyelidikan dan perkhidmatan klinikal di Pusat ini.

[/infobox]

 

1. Kos / Harga Bilik

  • Bersalin normal : RM 90.oo x 3 hari
  • Bersalin Vacum : RM 90.00 x 3 hari
  • Bersalin Forceps : RM 90.00 x 3 hari
  • Bersalin Pembedahan : RM 90.00 x 5 hari
  • Bukan warganegara : Semua caj dikenakan 2 kali ganda

* Deposit kemasukan wad sebanyak RM 750.00 (warganegara) dan RM 1,500.00 (Bukan Warganegara). Jika mempunyai surat jaminan kerajaan, kad pesara, surat jaminan dari panel berdaftar, kad orang upaya @ bantuan bulanan daripada jabatan kebajikan masyarakat, sila kemukakan sewaktu urusan kemasukan wad.

 

2. Harga / Kos Bersalin

UKM1

Info tambahan :

Pengalaman bersalin di HUKM

*Kadar adalah tertakluk kepada pengenaan 6% GST mulai 1 April 2015

3. Pakej Bersalin

Rujuk harga bilik dan kos bersalin

4. Bilangan Katil

1000 buah katil

5. Kemudahan Servis dan Fasiliti

  • Mesin ATM
  • Kafeteria
  • Koperasi
  • Surau
  • Shuttle/Valet
  • Keselamatan
  • Rumah perantara (Untuk keluarga pesakit yang ingin menginap)

6. Senarai Doktor Pakar

Tiada info

 

7. Pengalaman Bersalin Di PPUKM

Berikut adalah beberapa pengalaman bersalin di HUKM yang kami jumpa di Internet.

 

Pengalaman Bersalin Di HUKM, Tahun 2014

1. Baca pengalaman Belinda yang melahirkan anaknya di PPUKM

Pengalaman bersalin di HUKM

..teruskan bacaan anda di link ini.

 

Pengalaman Bersalin Di HUKM, Tahun 2014

2. Blogger Shakila Zulkifli berkongsi prosedur untuk menempah slot bersalin di HUKM

Hola,

So finally kila and husband decide bersalin dekat HUKM. HUKM ni ada 2 bahagian. 1 semi private 1 lagi fully private (specialist care). Kila pilih untuk bersalin dekat semi-private je sbb if ceaser pun still murah. Procedure untuk booking bersalin kat HUKM ni  macam ni:

HUKM semi-private

Untuk booking, kena bawa 2 benda:

1) Referral letter dari doctor – letter ni boleh request dari tempat yang korang selalu checkup. Mcm kila every time checkup dekat Klinik Kesihatan Kg Baru, so surat mintak dr doctor klinik tu. Cakap je nak referral letter nak bersalin kat HUKM. Sekejap je pun nk request letter ni. Contoh letter tu mcm ni.

2) Buku pink/ record checkup – Rasanya semua orang tau buku pink kan 😉

Klik link ini untuk perkongsian seterusnya..

 

Pengalaman Bersalin Di HUKM, Tahun 2013

3. Baca pula pengalaman Mama Lina yang cukup berpuas hati dengan khidmat HUKM

Tiga tahun lepas saya bersalinkan Ali di hukm, sekarang dikenali sebagai PPUKM. Bagi saya hukm merupakan salah satu hospital yang terbaik bagi bakal ibu yang masih mencari-cari hospital untuk bersalin.

Bagi mereka yang duduk berdekatan kawasan cheras, seri kembangan,serdang, sri petaling hukm merupakan antara hospital separuh kerajaan yang terdekat.

Untuk bersalin di sini, bagi kaki tangan kerajaan hanya perlu surat jaminan sebagai penjawat awam untuk bersalin.

Tapi bagi pekerja swasta anda perlu membayar sendiri kos bersalin di hukm. Dulu kos deposit bersalin di hukm hanya RM350, tapi sekarang deposit kos bersalin di hukm dah naik RM750 seperti di bawah

Pengalaman bersalin di HUKM

Sepanjang proses saya bersalin di hukm boleh dikatakan saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang di berikan.

Masa di sana saya masuk wad bersalin biasa, oh ya hukm cuma ada wad biasa dan wad specialist. Tak ada kelas macam hospital penuh kerajaan.

Untuk wad specialist kosnya lagi tinggi dan biasanya orang panggil wad  ‘private wing’. Walau macam manapun wad biasa di hukm pun dah sangat memuaskan hati bagi saya.

Ruang antara katil luas dan selesa. Tandas bersih dan mencukupi untuk para ibu.

Bersalin di sini, suami memang tak boleh tunggu isteri di dalam wad seperti juga wad hospital kerajaan yang lain. Tapi masa isteri bersalin, suami boleh temankan isteri di ‘labour room’. Gas untuk tahan sakit pun ada disediakan.

Antara yang menarik di sini, nurse akan tolong kita mandikan baby, jadi tak perlu kita nak tunggu mak atau suami datang tolong mandikan baby.

Bagi yang nak suami temankan di wad, anda boleh pilih bersalin di private wing. Biliknya perseorangan dan kosnya juga lebih mahal dari wad biasa. Dari info yang saya dapat, kakitangan kerajaan yang nak masuk private wing perlu biaya kosnya sendiri.

Untuk keterangan lanjut anda boleh call hukm di 03-9145 5555

 

Bagaimana dengan anda?

Pernah bersalin di PPUKM? Jika pernah, kongsikan pengalaman bersalin di HUKM anda di ruangan komen di bawah. Bukannya apa, sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit maklumat, panduan dan manfaat untuk bakal ibu yang lain!

[rwp-review id=”0″]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×