40 Minggu

Pengalaman Bersalin Dengan Epidural. Benarkah Ada Side Effect?

1.4K
reads
Bersalin dengan epidural

Pengalaman Bersalin Dengan Epidural

Semasa saya hamil anak pertama, gynea saya ada mencadangkan saya agar mengambil epidural kerana proses kelahiran anak pertama akan mengambil masa yang agak lama. Beliau bimbang saya tidak dapat menahan kontraksi dan pada masa yang sama beliau bimbang saya akan hilang tenaga. Pada mulanya saya tidak mahu mengambil epidural. Saya mahu rasa sendiri bagaimana kesakitan bersalin tanpa epidural, iaitu bersalin secara normal.

Namun cita-cita saya itu hanya tinggal harapan. Ketika hari saya turun tanda bersalin, saya memang merasakan kesakitan kontraksi bermula dari pukul 4 pagi sehingga pukul 9 pagi. Kebetulan pada siang hari saya tawaf satu shopping complex. Apabila pulang ke rumah terus turun tanda nak bersalin. Saya langsung tidak berehat. Oleh kerana bimbang saya akan kehilangan tenaga kerana terlalu lama menahan kesakitan akhirnya saya membuat keputusan untuk mengambil suntikan epidural.

Kaedah bersalin guna epidural

Untuk pengetahuan semua, semasa hamil saya langsung tidak study tentang epidural, kesan pengambilan dan bagaimana ia dilakukan. Juga langsung tidak tahu bagaiman kaedah bersalin menggunakan epidural.

Jururawat memberikan saya segala pamphlet tentang suntikan epidural ketika saya sedang sakit. Saya baca hanya sekali imbas dan jururawat datang membawa semua dokumen persetujuan untuk ditanda tangan oleh saya dan suami.

Bagaimana rasanya?

Ketika pakar bius menjalankan tugas, memang terasa seperti renjatan elektrik. Selepas selesai suntikan, kesakitan kontraksi memang lansung tidak saya rasa tetapi saya agak mengantuk dan mengalami kegatalan di seluruh badan. Saya seperti orang yang kena suntik dengan dadah ketika itu.

Berapa lama boleh tahan sakit?

Seingat saya, bius tersebut hanya bertahan lebih kurang 20 minit. Selepas itu saya sudah mula rasa kembali kesakitan kontraksi tersebut.  Namun mungkin tidak ada rezeki untuk saya bersalin secara normal. Saya terpaksa bersalin secara pembedahan kerana bacaan jantung bayi sudah mula jatuh. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.

Side-effect selepas bersalin

Selepas pembedahan, pada 3 minggu yang pertama saya mengalami kesukaran untuk bongkok dan duduk tanpa ada sokongan pada tulang belakang. Saya bertanya kepada doktor adakah ini kesan dari suntikan epidural. Menurut kata doktor itu bukan kesan suntikan epidural tetapi kesan dari hamil selama 9 bulan. Kesakitan itu hanya sementara. Sehingga kini saya masih kuat dan bebas melakukan aktiviti harian saya seperti biasa.

Apa itu epidural?

Sebelum saya tamatkan artikel ini, izinkan saya menjelaskan apa itu epidural. Menurut laman BabyCenter, epidural merupakan suntikan ke dalam satu ruang kecil di belakang anda, menggunakan jarum yang bengkok dan berlubang.

Hujung jarum yang bengkok akan dicucuk antara dua vertebrae dan jarum itu akan masuk ke dalam ruang di luar lapisan pelindung yang mengelilingi tulang belakang anda yang dinamakan ruang epidural. Satu tiub halus (atau kateter) disalurkan melalui jarum berlubang itu, kemudian jarum tersebut akan dicabut keluar. Kateter halus itu akan dilekatkan pada belakang dan pada bahu anda.

Pakar bius akan menyuntik anestetik lokal (sama seperti apa yang dilakukan oleh doktor gigi) ke dalam kateter untuk mengebaskan bahagian bawah abdomen anda. Kaki anda juga akan berasa kebas. Anda tidak lagi merasakan sebarang kontraksi.

Sungguh ngeri bunyinya bukan? Usah risau, saya sudah merasainya. Saya pasti, anda juga dapat menahan sakit bersalin.

Akhir kata

Ini adalah sedikit pengalaman dari saya salah seorang pengguna suntikan epidural. Bagaimana dengan anda? Pernah guna epidural untuk bersalin?

Yang Popular

To Top