Hebahan

Penantian Berakhir, Konsert The Wild Dreams Tour Bawa Westlife Kembali Ke Malaysia!

33
SHARES

Buat para penggemar kumpulan Westlife, ini adalah berita gembira untuk anda semua. Kali ini Westlife kembali lagi ke Malaysia melalui jelajah Konsert The Wild Dreams Tour.

Konsert yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada  23 & 24 Februari 2023 ini, bakal menyaksikan keempat-empat ahli Westlife iaitu Shane Filan, Mark Feehily, Kian Egan dan Nicky Byrne menghiburkan anda dengan lagu-lagu popular dan terkini daripada mereka.

Kembali menghiburkan peminat!

Pernah berpecah pada tahun 2012, Westlife membuat kejutan apabila kembali bersama dan tampil dengan muzik baharu yang membuktikan mereka masih gah sebagai kumpulan pop tersohor pada abad ke-21 ini melalui album Spectrum.

Album yang menampilkan single Hello My Love dan Better Man hasil tulisan Ed Sheeran dan Steve Mac berjaya mencuri hati pendengar dan menduduki carta top muzik di beberapa buah negara.

Bukan itu sahaja, kedua-dua lagu tersebut turut popular di platfom-platform online utama di seluruh dunia.

Terkenal dengan lagu-lagu pop!

Mempunyai 33 buah album, Westlife terkenal dengan lagu-lagu hits seperti Uptown Girl, Swear It Again, My Love, If I Let You Go, Flying Without Wings, You Raise Me Up, Seasons in the Sun dan banyak lagi.

Selain menyanyi, anggota kumpulan ini turut terlibat di belakang tabir untuk menyiapkan pembikinan album Wild Dreams.

Albums yang dirakam sewaktu pandemik ini mengandungi lagu Starlight, Alive dan My Hero iaitu lagu yang mengandungi unsur-unsur positif untuk menaikkan semangat para pendengar agar terus kuat menghadapi pandemik.

Oleh itu, tak hairanlah kemunculan semula Westlife mendapat sambutan baik daripada peminat mereka di seluruh dunia ketika Westlife hadir dan menghiburkan peminatnya di Stadium Wembly Ogos lalu.

Dapatkan tiket anda segera!!!

Jadi buat para penggemar Westlife, yang dah terlepas konsert mereka pada tahun 2019 yanga lalu. Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu dan sama-sama memeriahkan jelajah Konsert Westlife The Wild.

Kita tak tahu bila lagi Westlife nak datang ke Malaysia. Jom bawa pasangan dan ahli keluarga anda bersama-sama menikmati Konsert Westlife The Wild Dreams Tour yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 8.30 malam, pada 23 dan 24 Februari 2023 ini.

Kali ini kumpulan Westlife didatangkan khas oleh Trumpet International selaku penganjur, dengan kerjasama Altus ProHouse. Tiket Konsert Westlife The Wild Dreams Tour boleh didapati melalui www.excitix.com.my atau dapatkan di LaLaport Bukit Bintang City Centre.

Maklumat lanjut dan terkini, boleh didapati di Facebook dan Instagram Trumpet International.

Harga Tiket bermula pada RM884 (VIP), RM794 (CAT 1), RM594 (CAT 2), RM494 (CAT 3), RM394 (CAT 4), RM294 (CAT 5)

*Harga tiket termasuk yuran pemprosesan sebanyak RM4

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×