Rakyat

Penangguhan Umrah Akibatkan Kerugian Hampir RM35 Juta!

17
SHARES

Penangguhan umrah selama sebulan, diumumkan kerajaan pada Sabtu lalu, menyebabkan pihak agensi dan jemaah umrah menelan kerugian sehingga ada yang mencecah sejumlah RM35 juta.

Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA), Dr Fathir Badri berkata, pihaknya akur dengan keputusan kerajaan itu yang akan bermula pada 8 Januari ini.

Baca juga: [TERKINI] Kerajaan Beri Dua Pilihan Kuarantin Kepada Jemaah Umrah

PENANGGUHAN UMRAH AKIBATKAN KERUGIAN

Dr Fathir Badri berkata, anggaran kos kerugian itu berdasarkan jumlah 10,000 jemaah yang sudah mendapat visa umrah sepanjang bulan ini.

“Visa umrah terbabit adalah termasuk kos hotel dan pengangkutan di Arab Saudi yang bernilai kira-kira RM3,500.

“Kos ini dianggap hangus kerana tidak akan dipulangkan semula kepada jemaah disebabkan bayaran sudah dibuat kepada pihak di Arab Saudi dan penangguhan ini dilakukan oleh Malaysia bukan negara berkenaan,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap agar pihak kerajaan memberi perhatian serius berhubung perkara itu.

Katanya lagi, prosedur operasi standard (SOP) perlu diperhalusi lagi sewaktu tempoh penangguhan ini terutamanya, membabitkan ketibaan jemaah umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Daripada pengalaman kami, keadaan di pintu masuk itu agak sesak terutama pada waktu puncak yang mana ramai pengembara berkumpul di kawasan sangat terhad untuk pemeriksaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Tambahnya lagi, SAFTTA juga berharap supaya tempoh penangguhan selama sebulan tidak dilanjutkan bagi mengekang banyak lagi kerugian yang dialami.

Seterusnya dapat membantu agensi pelancongan menjadualkan semula perjalanan jemaah mereka.

Terdahulu, keputusan kerajaan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari berikutan peningkatan kes varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan melaksanakan kuarantin wajib di stesen kuarantin bagi jemaah umrah yang baru pulang dari Arab Saudi.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×