Rakyat

[TERKINI] Kerajaan Beri Dua Pilihan Kuarantin Kepada Jemaah Umrah

7
SHARES

Baru-baru ini, jemaah umrah yang baru pulang ke tanah air telah menarik perhatian media berhubung rungutan yang wujud berkenaan dakwaan kos penginapan mencecah RM250 semalam dan tambang pengangkutan dari lapangan terbang ke pusat kuarantin.

Justeru itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad menjawab rungutan yang diajukan menerusi kenyataan beliau, semalam.

Baca: [TERKINI] Boleh Guna Dua Aplikasi Ini Di Telefon Untuk Dapatkan Visa Umrah

KERAJAAN BERI DUA PILIHAN KUARANTIN KEPADA JEMAAH UMRAH

Menurut laporan BH Online, para jemaah diberikan pilihan sama ada berurusan terus dengan pusat kuarantin swasta atau ditempatkan di kemudahan yang diselia kerajaan.

“Jemaah umrah mempunyai pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta, merujuk hotel yang disenaraikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) atau stesen kuarantin diuruskan kerajaan.” jelas Dr. Abdul Latiff.

Beliau turut menyatakan, pilihan penempatan dibawah kerajaan bagi jemaah dalam pemantauan (PUS) yang negatif ujian saringan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditempatkan di hotel atau pusat latihan awam.

“Ia bergantung kepada ketersediaan bilik pada hari ketibaan. Bagi pilihan ini, kos urusan kuarantin ditanggung oleh kerajaan termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang. Tempoh kuarantin adalah seperti yang ditetapkan KKM,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Selain itu, para jemaah turut menyuarakan isu tidak mempunyai mempunyai pilihan hotel, kerana harus terpaksa akur dengan senarai penginapan yang ditentukan pengurusan NADMA.

Beliau menjelaskan, sebaiknya tiba jemaah umrah di tanah air, pihaknya telah menyediakan banyak pusat kuarantin seperti disenaraikan.

Berikut merupakan senarai hotel di Kuala Lumpur:

  • Hotel Royal
  • Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang
  • Hotel IBIS, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
  • Hotel Furama, Bukit Bintang
  • Hotel Mercure, Kuala Lumpur Shaw Parade
  • IBIS Style KL Fraser Business Park
  • Hotel AnCasa
  • Hotel Cosmo
  • Hotel KIP
  • Hotel Arena Star.

Senarai penginapan hotel di Selangor:

  • Hotel Sama-Sama
  • Hotel Grand Dorsett, Subang
  • Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya
  • Hotel Sunway Clio
  • Hotel Hilton Garden Inn, Puchong
  • Hotel Oriental Cyrstal
  • Hotel SUmmit, USJ
  • Hotel Pegasus, Shah Alam.

Pusat-pusat kuarantin di institut latihan awam:

  • Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
  • Institut Aminuddin Baki (IAB) Nilai
  • Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi
  • Institut Semarak FELDA (ISEF) Bangi
  • Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Bangi
  • Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur
  • QS Hotel

Sumber: BH Online 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×