Famili

Peminat Dunia Permotoran Di Luar Sana, Anda Pasti Akan Suka Event Ini!

2.6K
SHARES

Jika anda adalah peminat dunia permotoran dan sedang mencari-cari event yang sesuai dengan minat anda, Malaysian Bike Week 2018 pasti buat anda teruja sebab event ni bakal memberikan kepuasan kepada anda. Kalau nak tahu kenapa, klik artikel ini dan baca sampai habis okay.

Jamboree Permotoran pertama di Malaysia? Ada apa dengan event ini?

Untuk pengetahuan anda, Malaysian Bike Week 2018 (MBW 2018) adalah Jamboree Permotoran yang pertama kali diadakan secara besar-besaran dan bakal berlangsung selama tiga hari berturut-turut. Jadi, jika anda seorang yang sukakan aktiviti sebegini, event ini pasti takkan mengecewakan.

Penganjuran MBW 2018 ini juga dijangka bakal menerima 100 000 peserta dari dalam dan luar negara seperti Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia. Semua peserta yang hadir akan dibahagikan kepada kategori masing-masing mengikut zon iaitu :

  • Zon Tengah – Selangor dan Wilayah Persekutuan
  • Zon Utara – Kedah, Perlis & Pulau Pinang
  • Zon Selatan – Melaka, Negeri Sembilan & Johor
  • Zon Pantai Timur – Terengganu, Kelantan & Pahang
  • Zon Luar Negara – Singapura, Thailand, Brunei & Indonesia

Wah ramainya, mesti meriah nanti..

Bila dan dimana lokasi MBW 2018 ini diadakan?  

Buat anda yang tak sabar-sabar nak jejakkan kaki ke acara ini,  MBW 2018 diadakan di Taman Ekspo Pertanian MAEPS, Serdang pada 23 Mac hingga 25 Mac ini dari 10 pagi hingga 12 malam. Terdapat banyak aktiviti, pameran, makanan dan pelbagai lagi aktiviti yang menanti anda di sana. Jom luangkan hujung minggu anda di sini!

Pameran kereta dan motosikal mewah milik Sultan Johor pun ada!

Pameran ini pasti bakal mendapat banyak sambutan hebat dari pengunjung kerana pameran ini bakal menampilkan pelbagai koleksi peribadi Sultan Johor dengan lebih dekat. Antara koleksi peribadi Sultan Johor adalah kereta beroda tiga Morgan daripada Britain, Bently, Hummer, Bugati Veyron dan banyak lagi sehingga admin sendiri terkedu. Berpeluh dibuatnya kalau nak senaraikan satu demi satu koleksi Sultan Johor ni.

Peluang macam ni bukan senang nak dapat. Jadi, apa kata anda hadir dan lihat sendiri koleksi yang bakal membuatkan anda terpegun ni okay.

Persembahan artis tanah air dan sesi meet & greet

Setiap event pasti menyajikan aktiviti yang menarik untuk pengunjung termasuklah MBW 2018 ini. Disini admin senaraikan aktiviti yang pasti buat anda happening nanti.

Jumaat

  • Pendaftaran bikers
  • Konsert yang diiringi oleh Rosewell band yang menampilkan artis tanah air iaitu Dato’ Ramli Sarip, Wanie Mentor, Dato Jeffrey Din, Dato’ AK Rahman Hassan

Sabtu

  • Pelancaran majlis oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
  • Cabutan nombor bertuah dan “Grand Prize
  • Sesi ramah mesra Sultan Johor bersama bikers
  • Konsert ‘Rock Mentor’ yang menampilkan Dato’ Awie, Akim & The Majistret, Ella, Black Hanifah, Azlan & The Typewriter dan dihoskan oleh Haiza Kool FM

Ahad

  • News & Talkshow Live crossover dari MAEPS (Borak Kopitiam)
  • Sembang bersama juara (Persembahan artis di pentas utama)
  • Lawatan kasual oleh Menteri Belia dan Sukan. Yang Berhormat Khairy Jamaludin
  • Dan banyak lagi

Oh ya, antara artis yang bakal memeriahkan sesi meet & greet pada hari Sabtu dan Ahad adalah Aqasha, Raja Afiq, Apreena Menrose, Nonny Nadirah, Johan Ashaari, Bell Ngasri dan Gambit Saifullah. Jangan lepaskan peluang ini okay.

Peluang menang motosikal? Biar betul

Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah di atas dengan pembelian t-shirt istimewa MBW 2018.  T-shirt MBW 2018 ini berharga RM 35 jika anda dapatkannya di laman web gpmoto, RM 39.99 jika anda beli tshirt istimewa ni di lokasi MBW 2018 dan anda berpeluang untuk memenangi Yamaha Y15ZR dan Benelli RSF150.

Tunggu apa lagi, jangan lupa banjiri Malaysian Bike Week 2018 di MAEPS, Serdang hujung minggu ini!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×