Rakyat

Pembedahan Ainul Mardhiah Berjalan Lancar. Kini Dalam Keadaan Stabil

2.1K
SHARES

LONDON: Bayi berusia 9 bulan yang diterbangkan ke London atas doa dan sokongan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah, dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan.

Pembedahan yang mengambil masa selama 5 jam bagi mengeluarkan tumor seberat 200g pada mulutnya yang dikenali sebagai germ cell tumour.

Kumpulan yang melibatkan 4 orang pakar bedah diketuai oleh Profesor David Dunaway dan turut disertai oleh Juling Ong, pakar bedah craniofacial dan  pembedahan plastik paediatrik yang berasal dari Pulau Pinang.

Pembedahan ainul mardhiah

Tumor Berjaya Dikeluarkan, Adik Ainul Kini Stabil

“Pembedahan tersebut berjalan lancar. Malah, lebih baik daripada yang dirancang.”

“Tumor itu telah dapat dikeluarkan dan pendarahan juga terkawal. Dia (Ainul Mardhiah) berada dalam keadaan stabil sepanjang pembedahan.”

Menurut Ong lagi, terdapat komponen kanser dan bukan kanser pada tumor tersebut.

Sekarang, kami perlu memastikan dia selesa di unit rawatan rapi. Dia dibekalkan dengan ubat penahan sakit. Kami perlu tunggu lukanya pulih dan Ainul kembali sihat sebelum diperiksa semula dalam masa beberapa minggu atau bulan untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang kemunculan tumor itu semula.”

Hasil Kerjasama Seluruh Rakyat Malaysia

Ong juga berterima kasih kepada Dr Amalina Che Bakri kerana dengan inisiatif beliau berjaya menyatukan rakyat Malaysia untuk menyumbang dan sekaligus mendapatkan rawatan bagi Ainul Mardhiah di London.

Dr Nur Amalina turut hadir sepanjang proses pembedahan tersebut.
“Apabila saya pertama kali melihat gambar dan mengetahui trntang Ainul, saya rasa sedih dan cuba sedaya upaya untuk membawanya ke sini dan memastikan urusan pembedahan dapat dijalankan dengan mengikut perancangan.

Sekarang saya rasa dia dah macam keluarga saya sendiri. Saya harap rakyat Malaysia akan terus mendoakan Ainul agar dapat cepat sembuh daripada pembedahan ini”, ujar beliau sebelum masuk bekerja di hospitalnya.

Ibu dan ayah kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan Nurul Erwani Zaidi, 24 tahun, masing-masing mengucapkan syukur atas kejayaan pembedahan ini.

“Kali pertama nampak wajah Ainul selepas pembedahan (tanpa tumor), dia nampak cantik sangat. Tak ubah ketika hari lahirnya. Ia seolah-olah satu ‘kelahiran semula”, kata Safiuddin.

“Saya cuma ingin melihat senyumannya apabila dia bangun nanti,” tambah Erwani.

Mereka juga melahirkan perasaan terharu dan berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudi menyumbang serta mendoakan Ainul Mardhiah.

*Sumber: News Straits Times

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×