Rakyat

Kasut Sekolah Hitam Hanya Akan Diwajibkan Bermula 2021

739
SHARES

Julai lepas, timbul pelbagai reaksi apabila Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee mengumumkan bahawa kasut sekolah berwarna hitam akan diperkenalkan di sekolah-sekolah.

Ada yang menyokong, ada juga yang kata nampak kurang kemas. Namun, rata-rata ibu bapa merasakan ia lebih memudahkan kerana kasut hitam tak cepat nampak comot berbanding kasut sekolah putih.

Kasut Hitam Diwajibkan Bermula 2021

Apapun, penting untuk ibu bapa tahu bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) telah pemakaian kasut sekolah di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan hanya akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 2021.

Menurut laporan Astro Awani, peraturan ini akan dilaksanakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan 2019 sebelum diperluas penggunaannya pada 2020.

Kasut Putih Masih Dibenarkan Dalam Tempoh Transisi

Menurut sumber, sebelum 2021 pihak sekolah diminta agar tidak mengadakan peraturan atau memaksa murid memakai kasut berwarna hitam.

“Dalam tempoh transisi tersebut, murid-murid masih dibenarkan untuk memakai kasut berwarna putih,” jelas KPM dalam kenyataan tersebut.

Foto Kredit: haemedia.com

Ambil Kira Pandangan Semua Pihak

KPM berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk ibu bapa, guru, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan pihak pembekal kasut sekolah.

Sungguhpun disambut baik oleh ibubapa, keputusan itu menimbulkan kebimbangan beberapa pihak termasuk Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) mengenai kemungkinan peruncit dan pengeluar di negara ini tidak mampu menampung permintaan terhadap kasut hitam. Atas sebab itu, kerajaan bersetuju memberi tempoh kelonggaran bagi pelaksanaan peraturan tersebut.

Selain itu, ibu bapa yang kurang berkemampuan juga tak perlu tergesa-gesa membeli kasut sekolah berwarna hitam untuk anak-anak mereka memandangkan murid masih mempunyai pilihan untuk memakai kasut putih sehingga 2020.

 

*Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×