Rakyat

Pelajar Dikuarantin Kongsi Pengalaman & Foto Fasiliti Setaraf Hotel, Terbaiklah KKM!

211
SHARES

Penangan Covid-19 sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Akibatnya bukan sahaja kepada sesetengah negara, malah seluruh dunia. Sesetengah negara sudah isytihar lockdown dan Malaysia juga sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan. Ini memberi kesan yang sangat hebat kepada semua orang termasuklah para pelajar.

Bagi para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, sesetengah dari mereka diarahkan untuk pulang ke negara asal. Tidak terkecuali para pelajar dari Malaysia. Pelbagai kisah dikongsi oleh pelajar yang terkesan dengan Covid-19 ini, termasuklah seorang pengguna twitter ini. Pavitha Muhan berkongsi detik dia dan 166 lagi pelajar dari Indonesia dibawa pulang dan dikuarantin. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian ialah tempat dimana mereka telah dikuarantin. Katanya servis seperti tinggal di hotel.

Institut Di Nilai Menjadi Tempat Kuarantin

166 pelajar dari serata Indonesia dibawa pulang ke Malaysia dan setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka telah diasingkan dari rakyat biasa. Mereka diiring ahli Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menaiki bas dan terus dibawa ke Institut Aminuddin Baki Nilai yang terletak 25 minit daripada KLIA. Ini kerana kerajaan telah mengeluarkan arahan dimana semua pelajar yang dibawa pulang dari negara luar hendaklah dikuarantin dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama 14 hari.

Ini bahagian yang menarik apabila kesemua pelajar ini diberi bilik sendiri lengkap dengan televisyen, penghawa dingin, cerek elektrik dan meja belajar. Ini adalah satu perkara diluar jangkaan dan fasiliti yang disediakan KKM amatlah harus diberi pujian. Video berdurasi 23 saat ini menunjukkan keadaan didalam salah sebuah bilik yang disediakan.

Barang Keperluan Diletakkan Didalam Storage Box

Selain itu, pihak KKM juga harus diberi pujian apabila servis yang mereka sediakan amatlah memenuhi segala keperluan mereka yang sedang dikuarantin. Makanan mereka dihantar kehadapan pintu bilik masing masing dan diletakkan didalam storage box dan juga dipenuhi dengan air mineral dan roti.

Segala barang keperluan diletakkan didalam storage box yang sudah ditulis nombor bilik diatasnya mengikut masa yang telah ditetapkan. Segala maklumat diberi kepada pelajar ini melalui group whatsapp yang dibuat untuk semua pelajar yang dikuarantin disitu. Pihak KKM juga menyediakan bag plastik untuk meletakkan baju hospital yang telah digunakan untuk dicuci.

Selain itu, tempat ini juga menyediakan Wi-FI yang laju bagi kemudahan para pelajar ini dan juga segala telco juga dapatkan digunakan dikawasan itu.

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyalurkan sumbangan dengan memberikan snacks, kit kebersihan dan juga bateri untuk alat kawalan jauh. Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga harus dipuji kerana memberi pertolongan bersama.

Sumber : Pavitha Muhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×