Di bulan Ramadhan, amalan bersahur adalah sunat untuk dilakukan. Bersahur perlu dilakukan sebelum imsak atau tiba waktu subuh. Selalunya, ketika bersahur, kebanyakan orang hanya memanaskan balik lauk pauk yang disimpan lebihan dari menu berbuka sebelumnya. Tetapi ada juga yang rajin dan bangun lebih awal untuk memasak menu untuk bersahur.
Walaubagaimanapun, anda perlulah berhati-hati ketika memilih makanan untuk bersahur dan berbuka. Ini kerana ada sesetengah makanan boleh memberi kesan kepada tubuh badan anda. Terutamanya bagi penggemar makanan pedas, bagi anda ia bukan sahaja dapat menambahlagi cita rasa makanan malah dapat membuatkan nafsu makan anda juga bertambah. Malahan menurut kajian kandungan capsaicin pada cili dapat meningkatkan tenaga yang dikeluarkan tubuh dan mampu mengurangkan berat badan.
Perlu Awasi Makanan Yang Di Ambil
Bagaimanapun, berdasarkan seorang ahli nutrisi, beliau menyarankan agar anda elakkan makanan pedas ketika bersahur atau berbuka kerana saluran pencernaan agak sensitif dengan makanan pedas. Perkara tersebut boleh timbulnya gangguan pencernaan. Beberapa gangguan kesihatan yang mungkin timbul sekiranya anda mengambil makanan pedas di bulan puasa, antaranya :
1. Cepat Rasa Haus
Selain makanan masin, makanan yang pedas juga dapat membuat anda merasa haus. Hal ini terjadi kerana rasa pedas pada lidah akan mendorong anda meminum lebih banyak air dan juga suhu badan anda boleh meningkat jika makan makanan pedas. Keadaan ini akan mengakibatkan anda cepat berpeluh dan air didalam badan anda akan berkurangan dan menyebabkan anda berasa haus.
2. Menyebabkan Sakit Perut
Makan makanan pedas ketika sahur dan berbuka puasa dapat menyebabkan sakit perut dan rasa panas didalam perut. Ini terjadi apabila menu makanan anda memang sangat pedas. Bagi yang sudah mengalami masalah pencernaan, ini akan membuatkan anda bertambah sakit dan pastinya akan membuatkan keadaan anda sangat lemah. Jika berlarutan kemungkinan anda perlu berbuka puasa untuk mengambil ubat.
3. Meningkatkan Risiko Gastrik
Gastrik adalah radang dibahagian dinding perut. Ianya berlaku disebakan oleh jangkitan bakteria tetapi ianya boleh terjadi juga disebabkan beberapa faktor termasuk sering makan pedas. Kandungan capsaicin boleh menyebabkan kerengsaan pada dinding perut lebih lagi jika perut kosong dan anda makan makanan yang pedas. Dinding perut boleh menipis akibat dari asid perut yang menyebabkan keradangan dan jika dibiar ianya boleh luka.
4. Kerap Buang Air Besar
Tabiat makan makanan pedas ketika bersahur dan berbuka juga berisiko menyebabkan anda membuang air besar secara kerap. Kandungan capsaicin yang berasal dari cili dapat mengiritasi usus kecil anda dan membuatkan perut anda berasa memulas. Capsaicin ini juga mengaktifkan reseptor pada tubuh sehingga menyebabkan makanan bergerak ke usus besar dengan cepat. Keadaan itu mengakibatkan anda akan kerap membuang air besar. Badan anda akan kehilangan cecair dengan lebih cepat dan ini mengakibatkan badan anda mengalami dehidrasi dengan cepat dan melemahkan badan anda.
Jadi jika anda tidak mahu perkara perkara ini berlaku kepada anda. Perlulah anda menjaga pemakanan anda serta tahu apa yang ada dalam kandungan makanan anda. Sentiasa sihat sepanjang Ramadhan juga membolehkan anda beribadat dengan senang dan tiada gangguan.
Sumber : Tempo.co