Dapur

Patutlah Doraemon Suka, Sedap & Mudah Rupanya Buat Dorayaki Ni!

Sedapnya tengok Doraemon makan dorayaki kan? Dorayaki ini merupakan antara juadah pemanis mulut atau kuih yang popular di Jepun. Ia boleh didapati secara meluas di sana namun di Malaysia agak susah sikit untuk dapatkan kuih yang sedap ini. Oleh itu, apa kata kita buat sendiri di rumah dan boleh dijadikan sebagai hidangan minum petang atau sarapan pagi anak sebelum ke sekolah. Mudah je!

“Dorayaki gebus gebas”

Bahan A

1 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh soda bikarbonat

1/4 cawan gula

1/2 sudu teh garam

Bahan B

1 cawan susu segar

1/4 cawan minyak masak

2 biji telur

Inti

Peanut butter coklat

Jagung krim+gula

Cara-cara

1. Satukan bahan A dan ketepikan

2.Blend bahan B hingga kembang

3.Satukan bahan A…

4.Panaskan kuali non stick

5.Sendukkan bahan tadi

6.Angkat dan letakkan inti mengikut citarasa masing-masing

7.Kepitkan

8.Siap dihidang

*Selamat mencuba  buat dorayaki doraemon!

Sumber : Khairunnisak Radzi

Yang Popular

To Top