Famili

Pakar Kongsi 5 Teknik Ibubapa Boleh Buat Di Rumah Jika Anak Tiba-Tiba Kena Campak

33
SHARES

Chickenpox atau Demam Campak sering terjadi kepada budak budak kecil. Ada yang mengatakan ini akan terjadi sekali seumur hidup dan ada juga yang tidak akan kena sepanjang hidup. Tanda tanda awal chickenpox adalah ruam atau bintik bintik merah akan mula timbul pada kanak kanak. Ianya salah satu penyakit yang merunsingkan ibubapa kerana penyakit ini bukanlah penyakit yang mudah sembuh dalam masa satu atau dua hari. Untuk sihat ianya mengambil masa lebih kurang seminggu.

Selain membawa anak anak yang terkena chickenpox ini ke klinik, ibubapa juga boleh menjaga mereka dari rumah. Dr Redza Zainol menerusi laman Facebooknya telah berkongsi tentang perkara yang boleh ibubapa lakukan dengan segera jika anak mereka terkena chickenpox.

Ibubapa Boleh Awasi Dari Rumah Sahaja

5 Perkara Yang Ibu Ayah Boleh Buat Segera Jika Anak Anda Terkena Jangkitan Chickenpox.

1) Kalau keadaan anak masih aktif, boleh jaga anak di rumah saja.

Chicken pox ni sangat mudah berjangkit. Jadi elakkan ahli keluarga yang lain dari terdedah pada pengidap chicken pox ni. Tunggu sehingga semua ruam menjadi kering dan tidak ada ruam baru yang muncul. Selalunya akan ambil masa seminggu untuk ruam tu kering menjadi keruping. Barulah dikira anak ni tak mampu menjangkiti orang lain. Asingkan pakaian, tuala, alat untuk makan minum supaya tak bercampur dengan ahli keluarga yang lain.

2) Redakan demam anak dengan ubat demam Paracetamol.

Dos : Syrup Paracetamol 15mg/kg setiap 6 jam. Jangan guna Aspirin untuk redakan demam anak. Jika Aspirin diberi pada kanak-kanak yang dijangkiti Chickenpox, ia boleh menyebabkan penyakit Reye’s syndrome yang merosakkan hati dan otak anak.

3) Sapu dengan calamine lotion setiap kali selepas mandi.

Ia akan beri kelembapan dan kelegaan pada kulit anak.

4) Bantu kurangkan kegatalan kulit dengan beri ubat cecair antihistamine untuk dimakan.

Bagi bila perlu dan mesti ikut dos yang dicadangkan sahaja.

5) Potong kuku anak jadi pendek.

Ketika anak menggaru kulit, kuman dari bawah kuku akan masuk ke kawasan ruam dan menyebabkan jangkitan bakteria (secondary infection) pada kulit. Untuk bayi dan anak kecil, boleh pakaikan sarung tangan (mitten) supaya mereka tak menggaru kulit yang gatal tu. Untuk kurangkan kesan parut pada kulit, elakkan anak dari mengopek keruping.

Jemput share dan follow FB saya, Redza Zainol supaya tak terlepas info kesihatan kanak-kanak menarik yang boleh jadi panduan pada semua

Sumber : Dr Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×