Didik

Pakar Beri 3 Langkah Penting Untuk Ibu Bapa Yang Ada Anak ‘Berkeperluan Khas’

24
SHARES

Ibu bapa semestinya sentiasa peka dengan kondisi tumbesaran anak-anak. Yang penting, sekiranya ibu dan bapa rasa anak tidak membesar dengan normal, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk check up ya. Oleh itu, pakar ini berkongsi tips tentang langkah penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas.

3 Langkah Penting Untuk Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Berkeperluan Khas

1.Diagnosis

Biasanya diagnosis ini yang akan ambil masa yang lama. Makan tahun. Kalau denial, lagi lambat. Boleh dapatkan diagnosis seawal mungkin setelah ada masalah dalam perkembangan kanak-kanak seperti dalam buku pink/ biru bayi Kementerian Kesihatan Malaysia. Nurse biasanya akan rujuk doktor jika ada red flag dalam perkembangan anak anda. Doktor Pakar Perubatan Keluarga di klinik kesihatan berhampiran anda juga boleh membuat diagnosis. Lebih cepat daripada tunggu doktor pakar. Namun, jika pakar perubatan keluarga tidak boleh memberi diagnosis (kerana faktor complexity cases etc) , mereka akan rujuk anak anda kepada doktor pakar di hospital.

Jangan risau. Jika ada diagnosis, sangat mudah nak uruskan perkara-perkara selepas ini. Lepas ada diagnosis, senang nak memohon kad OKU dan menyenangkan banyak urusan selepasnya.

2. Schooling Options

Perkara berkaitan persekolahan ini menjadi dilema juga bagi ibu bapa. Saya fokus kepada options yang ada ya, 3 options, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah harian, Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah harian dalam kelas aliran perdana dan Sekolah Pendidikan Khas (SPK) yang khusus untuk murid khas sahaja. Boleh rujuk FB BPkhas. Jika tak nak sekolah kerajaan, boleh hantar sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM. Satu perkara yang penting untuk ibu bapa, umur persekolahan wajib adalah 7 hingga 12 tahun. Wajib ke sekolah. Jika tidak, sila bagitahu di PPD berhampiran.

3. Support Service/ Therapeutic Intervention

Perkhidmatan sokongan ini sangat penting sebagai support kepada education murid berkeperluan khas. Antara kesilapan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa adalah stop segala jenis bentuk terapi yang telah diterima setelah memasuki alam persekolahan. Antara perkhidmatan sokongan kepada murid berkeperluan khas adalah:

1)Terapi carakerja

2)Terapi pertuturan dan bahasa

3)Fisioterapi

4)Psikologi

5)Audiologi

Dan lain-lain yang relevan dengan keperluan mereka. Perkhidmatan sokongan ini bertujuan untuk bantu murid berkeperluan mengikuti kurikulum di sekolah. Bantu guru mencapai target RPI mereka juga.

Sumber: Mahfuzah Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×