Didik

5 Cabaran Yang Perlu Dihadapi Ibu Bapa Moden. Anda Pun Begini?

4.6K
SHARES

Kepetahan, telatah, gelak tawa dan kecerdikan si manja sememangnya mampu mencairkan sesiapa sahaja terutama ibu bapa. Bila keletihan lepas pulang dari kerja,  tengok pula aksi comel dan senyuman mereka, terhibur rasa hati, penat pun boleh hilang kan?

Tapi, di sebalik semua tu, perlu diakui bahawa bukan senang untuk membesarkan dan mendidik anak-anak. Dalam zaman moden ini, proses tumbesaran kanak-kanak, sejak mereka lahir hingga ke peringkat kedewasaan banyak dipengaruhi oleh persekitaran, bukan lagi hanya oleh ibu bapa dan ahli keluarga lain seperti zaman dahulu.

Jom kita tengok, apa cabaran-cabaran yang ibu bapa hadapi di zaman sekarang!

MASYARAKAT YANG BUSY BODY!

“Eh, kenapa anak kau minum susu lembu? Minum susu badan lagi bagus la!”

“Dah setahun pun tak pandai jalan lagi? Anak aku, setahun dah boleh berlari”

Ada ibu bapa yang pernah berhadapan dengan situasi di atas? Anak dia pandai itu, pandai ini. Semua anak dia lah yang paling hebat. Apa sahaja yang kita buat, semuanya salah di mata mereka. Bila kita upload gambar atau video tentang perkembangan anak di media sosial, dia yang paling laju komen dan bagi pandangan bagai doktor pakar. Siap menyindir lagi!

Bila datang rumah kita, ada je yang nak ditegur, salah pegang anaklah, kena bagi anak makan inilah, itulah. Semua nak kita ikut dia!

Stress pun ada kadang-kadang. Memang diakui, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka, tapi, semua orang mempunyai cara dan situasi yang berbeza. Yelah, setiap anak-anak ni tak dilahirkan sama. Tak payah lah kita pandai-pandai nak tegur atau nasihat orang tak bertempat. Jaga anak sendiri saja kan bagus.

Yang penting, kita sebagai ibu bapa, tahu apa yang terbaik untuk anak kita sendiri kan? Pasal makcik bawang yang busy body tu, abaikan je. Nanti dia letih, dia pergi la kacau orang lain pula!

SATU KERJA MEMANG TAK CUKUP ZAMAN SEKARANG NI!

Ibu bapa zaman ini juga tak terkecuali untuk terdedah dengan cabaran fizikal. Dengan keadaan ekonomi negara yang agak sakit ni, segala-galanya memerlukan kewangan yang kukuh untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Nak membesarkan anak bukan mudah dan bukan juga murah ya. Dari segi barang kelengkapan dan keperluan, semuanya memerlukan kewangan yang stabil. Kalau kita lihat sekarang, boleh kata majoriti daripada kita melakukan dua kerja, tak kisahlah secara part time atau full time serta bisnes online. Makan gaji, memanglah cukup, tapi untuk hidup yang lebih selesa, terpaksalah si ibu bapa berkorban.

Dah nama pun bekerja, masa bersama anak-anak akan sedikit terbatas. Nak taknak, kena hantar anak ke nursery atau baby sitter. Dekat situ pun, dah makan kos yang agak tinggi.

Sabarlah ibu bapa, zaman moden ni memang mencabar!

APA YANG KITA BUAT SEMUA TAK KENA DI MATA ORANG..

“Anak kau ni asyik menangis je. Mesti kau tak bagi makan cukup ni”

“Lasak betul lah anak kau ni, tak reti ajar anak ke?”

“Asyik ajar anak cakap orang putih je, nak berlagaklah tu!”

Amboi..amboi…Berdesing rasa telinga bila dengar kan? Sesedap rasa je dia komen macam-macam tentang cara kita didik anak. Kadang-kadang, tak paham juga jenis orang yang suka hati je komen negatif pasal orang lain ni. Macam hidup dia perfect sangat je.

Biarpun kita tak berpuas hati dengan cara seseorang tu, tak semestinya kita boleh cakap dan tegur sesuka hati kita. Sebelum bercakap tu, seeloknya fikir dulu sama ada teguran kita tu akan menyinggung perasaan dia ataupun tak. Lagi bagus, kita diam je. Tahulah dia nak membesarkan anak dia.

Siapa kita nak judge orang kan. Kita pun manusia biasa, tak sempurna. Sedap tegur orang, anak dekat rumah, dah makan ke belum?

SMARTPHONE, IPAD, TABLET – PENGGANTI MAINAN ANAK-ANAK..

Kalau kita pergi restoran, pusat membeli belah, atau di rumah sekali pun, anak-anak kecil bersama gadgets adalah panorama biasa yang kita selalu lihat.

Macam tak boleh dipisahkan. Ibu bapa dengan smartphone masing-masing, anak-anak pun dihidangkan kartun dan video-video di iPad. Jarang sangat untuk kita lihat, keluarga yang makan bersama tanpa gadgets masing-masing di tangan mereka.

Inilah yang dinamakan cabaran teknologi. Yelah, bila anak tantrum, orang sekeliling pun mulalah tunjuk muka tak puas hati. Ibu bapa buntu, nak taknak terpaksalah hulur gadgets untuk hilangkan tantrum anak.

Tapi kena selalu beringat ye ibu bapa, penggunaan barangan eletronik berlebihan boleh membantutkan tumbesaran anak-anak. Harus sentiasa pantau!

ANAK SEMAKIN BIJAK, SAINGAN SEMAKIN SUKAR

Pembelajaran dan syllabus di sekolah kini dah tak macam dulu. Kini, pembelajaran semakin sukar dan ia membuatkan anak-anak kena bersaing untuk selalu catch-up agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Kalau dulu, kelas tuisyen bukan satu kewajipan bagi anak-anak. Tapi sekarang, sejak dari umur 5 tahun, anak-anak dah dihantar ke kelas tuisyen dan kelas kemahiran lain.

APA YANG PENTING, ANAK-ANAK MEMBESAR DENGAN CERDIK DAN SIHAT!

Memang bukan sikit cabaran yang ibu bapa sekarang harus lalui. Tapi, setuju tak kalau kami cakap yang semua tu berbaloi apabila kita melihat anak-anak kita membesar dengan bahagia dan sihat hasil dari didikan serta penat lelah kita sendiri.

Haa..kalau anda nak tahu, pemakanan yang seimbang dan nutrisi yang cukup juga sangat penting dalam perhubungan sel-sel otak anak. Lebih banyak sel-sel otak yang berhubung, lebih cepat anak anda belajar dan berkembang dari segi mental, emosi dan sosial. Sebab itulah anda kena cuba susu Anmum Essential untuk si manja!

Anmum Essential dengan Mind-Q Connect, ada DHA dan 2X lebih GA! Kombinasi DHA dan GA membantu menyokong perkembangan otak dan perhubungan sel-sel otak si manja! Yang lagi bagus, Anmum Essential juga tiada gula tambahan.

Jadi, kepada ibu bapa di luar sana, bagilah rangsangan yang positif dan nutrisi yang baik kepada anak anda untuk membantu tumbesaran serta proses pembelajaran mereka. Cubalah Anmum Essential sekarang!

Untuk tahu lebih lanjut, klik www.anmum.com.my




MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×