Kini Trending

Padah Belasah Rakan Sekolah, 13 Orang Pelajar Ditahan

43
SHARES

Sebelum ini tular sebuah video memaparkan pergaduhan pelajar lelaki di dalam kelas. Video tersebut sudah tentunya mendapat perhatian warganet dan terbaharu polis telah menahan 13 pelajar lelaki tersebut bagi membantu siasatan kes.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata semua suspek berusia 16 tahun adalah pelajar Tingkatan Empat sekolah terbabit.

Baca juga: Budak Perempuan 3 Tahun Maut Disyaki Didera Ibu & Bapa Tiri Hingga Usus Pecah

PADAH BELASAH RAKAN SEKOLAH, 13 ORANG PELAJAR DITAHAN

Susulan laporan polis dibuat mangsa pagi tadi, seramai 12 suspek ditahan pada jam 12.30 tengah hari, manakala seorang lagi ditahan pada jam 3 petang tadi. Ketika ini, rakaman percakapan ke atas semua suspek sedang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

Memetik laporan BH Online, polis mengesahkan kejadian pergaduhan itu selepas mangsa berusia 16 tahun tampil membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat memaparkan tindakan sekumpulan pelajar mengepung pelajar lain sebelum mereka beramai-ramai bertindak menumbuk, menendang dan menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum memijaknya beramai-ramai.

Malah mangsa yang terbaring di lantai kemudian turut dihentak dengan meja oleh seorang daripada pelajar terbabit.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×