Famili

Budak Perempuan 3 Tahun Maut Disyaki Didera Ibu & Bapa Tiri Hingga Usus Pecah

4
SHARES

Ibu dan bapa tiri seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang maut dipercayai akibat didera ditahan di rumah mereka di daerah Kubang Pasu, semalam.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, polis menerima maklumat dari Hospital Jitra (HJ) berkaitan kematian kanak-kanak terbabit pada 7.30 petang semalam.

Baca juga: Bayi 7 Bulan & Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Ibu Bapa Bersahur Di Tingkat Bawah

BUDAK PEREMPUAN 3 TAHUN MAUT DISYAKI DIDERA

Menurut laporan Harian Metro, pihak polis menahan ibu kanak-kanak itu yang berusia 26 tahun serta bapa tirinya berusia 22 tahun untuk membantu siasatan.

“Pada mulanya kita siasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001, namun tengah hari kita menerima laporan bedah siasat terhadap jasad kanak-kanak itu.

“Hasil laporan doktor mendapati usus kanak-kanak itu pecah dan jika dilihat pada badannya mempunyai kesan pukulan serta kecederaan di belakang dan hadapan,” jelasnya.

Wanita itu tidak bekerja manakala suaminya bekerja sebagai peniaga air dan pasangan ini dipercayai baru berkahwin antara tiga hingga empat bulan lalu. Mangsa dipercayai anak bongsunya. Selain itu, doktor memaklumkan usus kanak-kanak itu pecah berkemungkinan akibat dipijak atau sebagainya.

Hasil ujian saringan air kencing terhadap pasangan itu mendapati kedua-duanya negatif dan hasil siasatan mendapati, suspek wanita mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah manakala lelaki itu tiada rekod sebelum ini.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×