Kini Trending

Bayi 7 Bulan & Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Ibu Bapa Bersahur Di Tingkat Bawah

127
SHARES

Dua beradik termasuk bayi tujuh bulan dan kanak-kanak 4 tahun maut dalam satu kebakaran di sebuah rumah kedai di Bandar Seri Iskandar, di sini, hari ini.

Kejadian yang berlaki jam 5 pagi itu membabitkan mangsa, Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam, 4, dan adik perempuannya, Nor Fahmia berusia tujuh bulan maut dipercayai sesak nafas, lapor Harian Metro.

Baca juga: [VIDEO] Bayi Nyaris Lemas Muka Tertutup Selimut Semasa Tidur, Si Ibu Tidur Tak Sedar!

BAYI 7 BULAN & KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT

Kejadian itu difahamkan berlaku ketika dua beradik berkenaan ditinggalkan di tingkat dua bangunan sementara ibu bapanya dipercayai sedang bersahur di tingkat bawah.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, ketika kejadian, dua beradik itu terperangkap di dalam sebuah bilik di rumah kedai berkenaan.

Pada mulanya, dua beradik itu berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba dan mendapati tiada sebarang kesan kebakaran pada tubuh mereka. Walaubagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan awal mendapati, lokasi kebakaran adalah bangunan kedai makan tiga tingkat yang mana tingkat bawah adalah restoran tomyam, manakala tingkat dua dijadikan tempat tinggal pekerja dan tingkat ketiga kosong.

Katanya, kebakaran berlaku di tingkat dua yang dilengkapi dua bilik yang menjadi tempat tinggal pekerja kedai.

“Ketika kejadian, hanya dua kanak-kanak itu di tingkat dua, manakala ibu bapa dan pekerja lain berada di tingkat bawah, sedang bersahur.

“Kedua-dua mangsa adalah anak kepada pemilik restoran berkenaan. Bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca kematian mangsa,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×