Didik

Obses Dengan Botol Susu- Ibu Ini Kongsi Kisah Anaknya Terpaksa Melalui Pembedahan Gigi

551
SHARES

Bila anak makin membesar, banyak ragam yang perlu kita harungi. Salah satunya apabila anak tidak boleh berenggang dengan botol susu. Kemana sahaja mereka pergi, makan, bermain malah sampai ke tempat tiur pun mahu bersama dengan botol susu. Tetapi, tahukah anda jika botol susu jika terlampau dibiarkan lama dan tidak dibasuh akan membawa kuman?

Inilah situasi yang dikongsikan oleh Puan Jeb Aen di laman Facebook miliknya, mengenai pengalaman beliau sendiri berhadapan dengan anaknya yang mengalami masalah gigi. Masalah gigi anaknya berada di tahap yang teruk sehingga terpaksa melalui pembedahan! Bahaya sebenarnya jika terlalu membiarkan anak anda dengan botol susu dalam tempoh yang lama. Jom, kita baca perkongsiannya.

Anak terpaksa masuk hospital

Oleh kerana ramai sahabat-sahabat saya pm & wasap saya bertanya kenapa anak sulung saya kerana operate buang semua gigi.. jadi saya kongsi sedikit ya..

www.facebook.com/jeb.aen

www.facebook.com/jeb.aen

Anak saya suka tidur dengan botol susu sejak kecik lagi. Plus gigi dia masa 6 bulan dah tumbuh. So bahagian atas 4 batang memang rongak terus. Haritu smpai nanah sebab infection kuman. After cover antibiotik ok skit. Then sy trus refer pakar gigi sebab tak tahan dengan problem gigi anak. Anak saya tak ada makan gula-gula or jajan macam budak-budak lain,  dia hnya obses pada susu botol. So sebab manis susu tula gigi jadi terhakis. Solution dia kena buat dental clearence untuk elak kuman dan supaya gigi kekal tumbuh dengan cntik dan sihat. Gigi anak digosok. Tapi rezeki dia nak jadi macam ni nak buat macam mana. Saya mampu buat mcm ni jalan terbaik. Dan after operation 3 jam dia terus makan bubur dan minum macam biasa. Tak ada merengek or menangis sangat-sangat,  syukur sebab dia sndri tak tahan dengan gigi lama dia. Heheh. Doakan saya istiqomah jaga gigi anak nnti.

www.facebook.com/jeb.aen

www.facebook.com/jeb.aen

www.facebook.com/jeb.aen

www.facebook.com/jeb.aen

www.facebook.com/jeb.aen

www.facebook.com/jeb.aen

Sumber Facebook : Jeb Aen 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×