1-2 Tahun

Nutrisi Apa Yang Bagus Untuk Perkembangan Otak Anak? Ikuti Penjelasan Pakar Pediatrik Ini

3.5K
SHARES

Setiap ibu bapa mengharapkan anak mereka supaya membesar dengan sihat dan bijak. Menghantar si kecil ke tadika atau taman asuhan kanak-kanak bagi mendapat pendidikan awal dilihat mampu membantu mengasah minda dan kebolehan mereka.

Bagaimanapun, peranan nutrisi untuk keperluan anak yang sedang membesar juga tidak harus dilupakan. Jika anda belum tahu, otak kanak-kanak mampu berkembang sehingga 90% sebelum mencecah usia 5 tahun1!

Justeru, pemakanan yang sesuai dan seimbang bagi mendapatkan nutrisi secukupnya penting dalam memupuk perkembangan otak si manja sejak awal tahun. Tapi, apakah nutrisi yang baik untuk si manja? Ikuti penjelasan Pakar Pediatrik, Dr. Yong Junina Fadzil.

Nutrisi apa yang bagus untuk si kecil?

Dr. Yong Junina Fadzil. Kredit gambar: Vimeo

Dr. Yong berkata, 60% otak kita terdiri daripada lemak dan salah satu lemak yang paling penting adalah DHA atau nama saintifiknya, ‘docosahexaenoic acid2’. DHA berfungsi sebagai nutrisi asas seperti pelindung otak dan ia sangat penting untuk perkembangan otak anak yang pantas.

Kajian juga menunjukkan dengan penambahan DHA dalam diet kanak-kanak, ia mampu meningkatkan kebolehan berfikir, tingkah laku3 serta daya fokus4 mereka!

“Badan tidak menghasilkan DHA yang diperlukan secara semula jadi, justeru si manja perlu menyerapnya dari pengambilan makanan harian bagi membantu menyokong perkembangan otak mereka,” katanya.

Jadi, makanan apa yang mengandungi DHA?

Kredit gambar: The Epoch Times

Kata Dr. Yong, DHA boleh diperolehi secara semulajadi dalam ikan berlemak dan dalam makanan tertentu seperti susu rumusan dan telur.

“Selain daripada membina pelindung otak dengan DHA, ibu bapa juga perlu menjaga aspek nutrisi untuk menyokong perkembangan secara keseluruhan seseorang kanak-kanak. Mereka memerlukan nutrien seperti kalsium dan protein untuk membesar, vitamin dan mineral untuk menyokong perkembangan fungsi badannya.

Untuk memastikan si manja mendapat nutrien yang secukupnya, ibu bapa seharusnya meneliti maklumat nutrien yang tertera di luar pek sebelum membeli, barulah tahu produk mana yang terbaik untuk si manja.

“Apabila pelindung yang kuat terhasil, perkembangan kanak-kanak seterusnya disokong secara mental, fizikal, emosi dan sosial,” katanya.

Dengan DHA, Lara lebih bijak dari yang disangka

Kredit gambar: YouTube Media Prima Labs

Tak cukup dengan penjelasan Dr. Yong, kami kongsikan lagi pengalaman sebenar ibu selebriti, Scha Alyahya yang mempercayai DHA mampu menyokong perkembangan otak anaknya, Lara Alana. Menurutnya, kanak-kanak bijak mempunyai imaginasi hebat ketika bermain. Ternyata, Lara lebih bijak daripada yang disangka!

“Lara seperti pengembara kecil yang suka belajar. Ketika berumur 4 tahun, Lara gemar melukis dengan warna air dan aktif dalam seni dan kraf. Kini, Lara mampu membaca huruf, mampu mengenalpasti perkara-perkara yang dilihatnya setiap hari dan menghubungkannya dengan huruf abjad yang dipelajarinya,” katanya.

Tambahnya lagi, apabila beliau sekeluarga melancong, Lara secara sendirinya akan memberikan passport dan pas masuk kepada petugas di lapangan terbang dan memasang tali pinggang keledar di atas kapal terbang. Pandai kan Lara?

Mahu anak anda sebijak Lara? Dapatkan juga nutrisi DHA untuk si kecil…

Kredit gambar: Dutch Lady

Semua keperluan nutrien penting untuk menyokong perkembangan otak anak seperti DHA, vitamin dan sebagainya ada dalam Susu Tepung Rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady 123, Dutch Lady 456, dan Dutch Lady 6+ yang kini boleh didapati dalam pek baharu!

Jika anda tidak tahu, Dutch Lady adalah jenama nombor 1^ pilihan ibu-ibu dan dipercayai dalam kalangan ibu-ibu di Malaysia. Malah selebriti Scha Alyahya dan Lara Alana juga mengamalkan pengambilan susu Dutch Lady sebagai bekalan harian mereka. Apa yang ada dalam rangkaian pek terbaru Susu Tepung Rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady ni?

Mengandungi 5x DHA* dan banyak lagi keperluan nutrisi untuk si kecil

Gambar dari Dutch Lady

Susu Tepung Rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady 123, Dutch Lady 456, dan Dutch Lady 6+ mengandungi 5x DHA*, protein serta 20 vitamin dan mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium, iodin, vitamin A,B,D dan selenium.

Seperti kami katakan tadi, DHA mampu merangsang perkembangan otak, magnesium untuk membantu mengekalkan fungsi normal saraf dan otot si kecil tau!

Jangan terlepas semua nutrien penting untuk si kecil ini semua, dapatkan Susu Tepung Rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady 123, Dutch Lady 456, dan Dutch Lady 6+ di kedai berhampiran! Layari www.smartmoments.com.my untuk maklumat lanjut.

Rujukan:

  1. 5 tahun1
    Early Childhood Education Degrees, The Milestones of Your Little Rocket Scientist’s Development, 2013, available at http://www.early-childhood-education-degrees.com/milestones/.
  2. docosahexaenoic acid2
    Chang C.Y, Ke D.S, & Chen J.Y. Essential fatty acids and human brain. Acta Neurol Taiwan. 2009 Dec; 18(4):231-41. Retrieved September 5, 2017, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20329590.
  3. tingkah laku3
    Kuratko CN, et al. Nutrients. 2013 Jul; 5(7): 2777–2810.
  4. fokus4
    Lauritzen L, et al. Nutrients 2016;8(1):1-17
  5. 5x DHA*
    *Berbanding susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009)
  6. Jenama No. 1^ Diguna Oleh Ibu-Ibu di Malaysia
    ^Berdasarkan audit Brand Health bagi Kategori Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak dalam tempoh 12 bulan berakhir 12 Disember 2017 di Semenanjung Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×