Famili

‘Nasib Baik Tak Pakai Kain Pelekat’ – Telatah Anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar Solat Tarawih Cuit Hati!

25
SHARES

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sering disambut dengan meriah oleh umat Islam selain bulan Syawal. Sambutan bulan Ramadhan juga amat meriah jika dilihat. Ini kerana bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling ditunggu oleh umat Islam kerana mukjizat dan kemuliaannya tersendiri. Antara momen yang paling ditunggu ketika tibanya Ramadhan ialah solat Tarawih. Solat ini sering dilakukan secara berjemaah selepas waktu Isyak.

Walaubagaimanapun, dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua perkara hanya dijalankan di rumah kerana segala aktiviti melibatkan orang ramai tidak dibenarkan. Ini termasuklah solat Tarawih, orang ramai hanya dibenarkan melakukannya dirumah sahaja. Pelbagai kerenah dan telatah yang dikongsi Ramadhan kali ini. Antara yang mencuri perhatian ialah perkongsian oleh Datuk Dr Sheikh Muszaphar dilaman Instagramnya, dimana dia menunjukkan teletah anaknya ketika bertarawih di malam pertama.

Seronok Bertarawih Bersama Keluarga

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar baru baru ini telah memuat naik video dilaman Instagramnya yang menunjukkan beliau sekeluarga sedang menunaikan solat Tarawih bersama. Tetapi apa yang menarik perhatian didalam video tersebut ialah telatah salah seorang anak kembarnya yang tanpa henti bergerak ketika mereka sedang solat.

Video berdurasi 44 saat yang dikongsi Dr Sheikh Muszaphar ini telah mendapat lebih daripada 390 ribu tontonan.

Telatah salah seorang daripada anak kembar beliau itu berjaya mencuit hati penonton apabila dia hanya melakukan segala perkara tanpa menghiraukan ibubapanya sedang solat. Kata Dr Sheikh sendiri, Adam dan Noah masih didalam proses pembelajaran dan Adam perlahan pandai mengikut apa yang diajar tetapi Noah sebaliknya.

Galakkan Anak Solat Bersama

Selain itu juga, Dr Sheikh juga ada meninggalkan pesanan diposting tersebut. Beliau menyarankan untuk ibubapa menggalakkan anak untuk solat bersama, walaupun susah tetapi lama kelamaan mereka akan ikut juga.

Malam pertama Tarawih
Seronok dapat Berterawih bersama ahli keluarga dalam PKP ni .
Do encourage the children to pray along with you … soon they will follow suit .
Bella & Tasha 9 and 7 should be old enough to fast fully and perform Tarawih … but the twin Boys are still in the learning phase .
Adam is slowly following but Noah can be challenging – Haha but that’s okay.
Salam Jumaat and Ramadhan Everyone …
Love As Always …

Beliau sempat berseloroh dihujung postingnya.

PS – Nasib baik Imam tak pakai kain pelekat. Haha

Antara comment netizen :

Sumber : Dr Sheikh Muszaphar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×