Dapur

Nasi Goreng Boleh Siap Dalam Masa 3 Minit. Bagaimana? Cuba Buat ‘Paste’ Serbaguna Ini!

1.7K
SHARES

Nasi goreng adalah antara juadah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tidak kira sama ada dimakan ketika bersarapan, makan tengahari ataupun makan malam. Nasi goreng juga mudah untuk disediakan malah cara penyediaanya boleh mengikut citarasa individu itu sendiri. Tetapi, untuk anda yang sibuk bekerja tu, mesti ambil masa juga nak potong bawang, nak tumbuk cili lagi pagi-pagi hari untuk sediakan nasi goreng tu kan? Jangan risau, melalui perkongsian resipi ‘paste nasi goreng’ ini, anda dah boleh sediakan nasi goreng dalam masa yang singkat!

http://www.bakewithpaws.com/

Paste Nasi Goreng Serbaguna Mak Long

Ni selalu saya buat dua bulan sekali, buat banyak-bnayak dan ‘frozenkan’, bila nak goreng nasi, cedok dua atau tiga sudu, bergantung pada kuantiti nasi yang hendak di goreng. Kenapa serbaguna? Sebab perencah ni boleh guna bila-bila masa sahaja untuk goreng sayur ala kampung. Kangkung goreng belacan, kacang panjang, kacang buncis, terung, tapi paling sedap dan ‘win’ kacang botor/botol dan bendi. Tumis balik ni, masukkan sayur kekacang tu je. Tiga minit dah siap.

BAHAN-BAHAN

www.facebook.com/makpnut

1. 7-8 biji cili merah (buang bijinya)
2. 10 15 biji cili padi (ikutlah tahap kepedasan yang disukai)
3. 1@2 labu bawang besar
4. 10 bjji bawang putih
5. Segenggam ikan bilis (rendam kasi lembut, kemudian toskan air)
6. Sedikit belacan

CARA-CARANYA

www.facebook.com/makpnut

1. ‘Blend’ semua bahan jangan terlalu lumat sangat dan jangan terlalu banyak air.

2. Tumiskan bahan ‘blend’, sehingga air kering, biasa saya tumis sampai naik minyak, tapi ni mak long  buat pukul 10.30 malam, malas nak tunggu dia pecah minyak, pukul berapa nak tidur pulak.

3. Dah kering sejukkan dulu sebelum dibekukan dalam peti ais.

TIPS SUSUN BAHAN DALAM PENGISAR

http://www.naijachef.com/

Bawah sekali belacan, kemudian bawang-bawang, kemudian cili-cili, atas sekali ikan bilis. Jadi ikan bilis tu tak la dikisar terlalu lumat nanti.

Cara guna nak masak nanti

Tumis semula bahan ni dengan sedikit minyak, kasi garing sikit, kemudian masuklah ‘haiwan-haiwan’ yang diingini atau pecah telur je. Kemudian masuk nasi.. masaklah macam biasa. Ni kalau nak goreng nasi, bangun pukui 4.45 pagi pun sempat siap hidang sebelum pukul 5 pagi. Dengan syarat nasi dah masak la sebelum tidur.

www.facebook.com/makpnut

*saya selalu kalau buat kari atau masak lemak ikan tenggiri, ikan tongkol ke ikan merah ke, ada baki ikan sekeping dua, saya basuh dan goreng balik ikan tu. Kemudian ambik isi ikan hancurkan sikit masukkan dalam nasi goreng. Maka jadilah nasi goreng paling sedap dalam dunia bak kata Alesya.

Tak payah letak sebarang msg, kiub ayam/ikan bilis dah bila goreng nanti, paste ni dah cukup rasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Pnut Syafinaz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×