Kini Trending

[VIDEO] Pakar Kongsi Tutorial Buat ‘Nasal Test Kit’ Yang Betul!

20
SHARES

Ramai yang sedia maklum terdapat dua kaedah boleh digunakan untuk mendapatkan sampel sewaktu menggunakan Rapid Test Kit (RTK-AG) iaitu melalui air liur atau calitan hidung bagi mengesan Covid-19.

Namun, tidak ramai yang memilih sampel calitan hidung kerana khuatiri sakit dijolok, selain berasa geli dan ngeri atau risau tidak melakukan dengan cara yang betul untuk mendapatkan sampel.

Baca juga: Arkitek Kongsi Cara Salah Pemilik Rumah Nak Berjimat Bila Bina Rumah, Rugi!

[VIDEO] PAKAR KONGSI TUTORIAL BUAT ‘NASAL TEST KIT’ YANG BETUL!

Justeru itu, anda tidak perlu bimbang lagi kerana seorang doktor pakar bedah Hidung, Mulut & Tekak di Australia, Dr. Eric Levi telah berkongsikan tutorial mendapatkan sampel calitan hidung dengan betul dan berkesan di laman instagramnya.

Menurut Dr. Eric, untuk mendapatkan keputusan sampel yang berkesan sepatutnya, sampel yang diperolehi adalah daripada mucus di saluran pernafasan yang berada di dalam bahagian belakang lubang hidung.

Ketika melakukan calitan hidung anda perlu menolak kapas ke bawah secara perlahan-perlahan dan menghala ke dalam lubang hidung dengan berhemah dan berhati-hati, sekitar 2 hingga 3 centimer ke dalam.

Setelah itu, pusingkan kapas dalam tempoh 12 ke 15 saat sebelum mengeluarkan sampel calitan tersebut.

JANGAN DAPATKAN SAMPEL DENGAN CARA SALAH SEPERTI INI…

Sebenarnya, cara yang salah telah membuatkan hidung anda rasa sakit akibat anda menolak kapas menghala ke atas di bahagian atas hidung anda.

Dengan itu, sampel hanya menerima dari bahagian hadapan hidung sahaja iaitu sampel bulu hidung yang boleh mempengaruhi keputusan sampel yang tidak tepat.

Kalau nak tahu lebih jelas, anda boleh lihat sendiri tutorial yang dikongsikan oleh Dr. Eric Levi.

VIDEO PENUH:

Sumber: Instagram Dr. Eric Levi

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×