Amatlah perlu mendapatkan nasihat daripada pakar untuk membina sebuah rumah terutamanya daripada Arkitek dan Jurutera bertauliah yang sememangnya itu adalah kepakaran mereka.
Rumah yang dibina mesti hendak tinggal selamanya, hidup bahagia bersama keluarga bukan? Jadi, tidak salah melabur lebih demi keselesaan dan keselamatan ahli keluarga.
Baca juga: Digelar ‘Budak Kangkung’, Modal Hanya RM10 Tanam Lebih 30kg Kangkung Depan Rumah!
ARKITEK KONGSI CARA SALAH PEMILIK RUMAH NAK BERJIMAT BILA BINA RUMAH, RUGI!
Malah, terdapat segelintir pemilik rumah yang mengambil tindakan serba tahu dan salah dalam pembinaan rumah mereka kerana untuk berjimat seperti yang dikongsikan oleh seorang Professional Architect, Ar. Azizul Azwar di laman sosial beliau.
CARA PEMILIK RUMAH NAK JIMAT – YANG SALAH!
Kali ini saya nak cerita pasal ‘tips & tricks’ beberapa Pemilik rumah yang berlagak pandai, tapi akhirnya tersungkur disebabkan ‘kepandaian’ mereka.
Puncanya sebab Pemilik rumah ini nak jimat, taknak bayar kepada kos yang ‘tak nampak’. Kalau boleh, semua bajet tu akan dibelanjakan buat rumah 100%.
Okay mari kita tengok apa ‘tips & tricks’ ni:
1. Tak Lantik Arkitek dan Engineer;
2. Taknak Submit Pelan;
3. Lukis Kecik, Bina Besar;
4. Tak Nak Bayar Arkitek Untuk Site Monitoring.
TAK LANTIK ARKITEK DAN ENGINEER
Okay buat apa lantik Arkitek dan Engineer jika Tukang boleh buat rumah sama macam gambar kat Pinterest, kan?
Maka Pemilik pun bina rumah ikut saiz merepek, nak letak katil tak lepas, masuk parking kereta pun susah, masuk rumah nampak toilet, dapur jauh dengan ruang makan, toilet takde tingkap, tiang kecik molek tapi bumbung flat slab dan lain-lain lagi.
Lagi teruk bila masuk rumah tak sampai sebulan dah retak sana-sini. Jangan sampai ada yang terkorban.
TAKNAK SUBMIT PELAN
Dengan alasan rumah ini jauh dengan pejabat PBT, maka Pemilik pun cuba mengelak submit pelan.
“Takde orang nampak kot.. Takkan PBT nak datang, kan?”
Lepas itu, sekali JKR datang buat pelebaran jalan baru tahu rumah kita itu masuk dalam rezab jalan (kisah benar).
LUKIS KECIK, BINA BESAR
Okay dah lantik Arkitek, Engineer dan buat submission. Tapi suruh Arkitek lukis rumah kecik saja, dengan alasan nak kurangkan bayar duit proses pelan ke PBT.
Tapi bila dah bina, memandai suruh Tukang extend sana-sini tiada discuss dengan Arkitek pun.
Sekali bila siap, rumah dah langgar setback. Lagi bahaya siap tambah bilik kat tingkat atas tak mintak nasihat Engineer. Arkitek pun takkan nak bagi CCC kalau camtu.
Padahal berapa ringgit sangat laaa nak kena bayar wang proses ke PBT berbanding kena denda sebab buat siap tapi tak ikut pelan lulus.
TAK NAK BAYAR ARKITEK UNTUK SITE MONITORING
Ini antara ‘tips & tricks’ yang paling banyak digunapakai.
Jika kita faham, skop Arkitek adalah buat design, dapatkan kelulusan pelan bangunan, monitor kerja kat tapak sehinggalah siap dan keluar CCC.
Pemilik yang ‘kreatif’ ini akan mintak Arkitek tak payah lawat tapak, sebab Pemilik akan tengok site hari-hari. Jadi buat apa bayar Arkitek, kan? So dia pun suruh Arkitek tolak fees, nak jimat punya pasal.
Bila Arkitek tak setuju, Pemilik terminate Arkitek.
So dekat site macam-macam berubah tanpa pemantauan. Dan bila takde orang pantau, mana ada Arkitek nak sambung job cuma untuk bagi CCC.
Dan lagi teruk bila rumah siap tapi tak ikut spesifikasi dalam lukisan yang dibuat oleh Arkitek dan Engineer. Ye lah, Pemilik bukan tahu beza sangat spesifikasi ni.
- Cement brick vs clay brick;
- Solid timber door vs laminated timber door;
- Powder coated window frame vs natural anodised window frame;
- Ceramic tiles vs porcelain tiles;
- Gred besi BS vs CQ
- Besi T20 vs T16
Walaupun firma saya baru mula tahun 2018, tapi saya banyak mendapat request ‘bijak pandai’ dari beberapa Pemilik. Tak tahu lah siapa yang ajar. Mesti ade ‘cikgu’ nih.
Sumber: Facebook Ar. Azizul Azwar