1-2 Tahun

Nak Pastikan Anak Anda Dapat Nutrisi Lengkap Setiap Hari? Cuba Tips Dari Ibu-Ibu Ini

1.2K
SHARES

Tahukah anda, kira-kira 50% kanak-kanak di Malaysia tidak memenuhi keperluan2 kalsium dan vitamin D harian mereka. Tak percaya? Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dijalankan SEANUTS terhadap kanak-kanak sehingga 12 tahun di Asia Tenggara.

Kajian tersebut mendedahkan kanak-kanak di Malaysia secara puratanya hanya minum setengah hidangan susu yang disyorkan setiap hari. Manakala, hanya 5% kanak-kanak Malaysia memenuhi dua hidangan susu yang disyorkan supaya membantu mereka mencapai keperluan3 kalsium dan vitamin D yang diperlukan oleh mereka.

Pelbagai faktor boleh menjadi punca

Kredit gambar: VideoBlocks

Terkejut? Jika dilihat, pelbagai faktor boleh menjadi punca kurangnya kandungan nutrien dalam diri anak-anak. Barangkali kurangnya perhatian terhadap makanan yang diberikan kepada anak, akibat kesibukan ibu dalam menguruskan kerja-kerja rumah dan hal rumahtangga setiap hari.

Bukan itu saja, ditambah lagi peningkatan perbelanjaan kehidupan dan pendapatan isi rumah yang tetap serta tidak berubah, kadangkala ia menjadi kekangan. Justeru, ibu-ibu perlu bijak dengan perbelanjaan dan berjimat-cermat serta tidak lupa akan nutrisi untuk anak-anak.

Nutrisi penting untuk pertumbuhan sel dalam badan si kecil

Fadzi Razak. Kredit gambar: Dutch Lady

Namun begitu, ia bukanlah menjadi penghalang buat sesetengah ibu seperti Fadzi Razak dari Shah Alam yang tetap memberikan yang terbaik buat anaknya, Aneeq yang berusia 3 tahun. Baginya, nutrisi secukupnya sangat penting untuk tumbesaran si kecil.

Beliau akan memastikan Aneeq sentiasa mendapat nutrisi secukupnya daripada makanan seperti buah, sayur, nasi, ayam, daging dan sebagainya.

“Semua itu penting untuk memberikan tenaga, mempercepatkan pertumbuhan sel baru bagi mengganti sel rosak, melindungi badan daripada penyakit dan banyak lagi manfaat tertentu untuk perkembangan si kecil”

Pastikan setiap wang ringgit yang dibelanjakan bernilai

Ayue Idris. Kredit gambar: Dutch Lady

Selain Fadzi, Ayu juga antara ibu yang mementingkan nutrisi terbaik untuk anak walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Mempunyai seorang cahaya mata berusia 1 tahun, peningkatan kos sara hidup saban tahun tidak menjadi penghalang untuknya bagi mendapatkan nutrisi secukupnya untuk anaknya, Qayeed.

Setakat ini, beliau mengawal perbelanjaan dan akan memastikan tidak berbelanja lebih untuk mendapatkan nutrisi secukupnya. Caranya, pilih produk berpatutan tanpa mengorbankan keperluan nutrisi untuk anak.

“Saya sentiasa prihatin dalam memilih nutrisi terbaik untuk anak. Saya sedar bahawa nutrisi yang cukup penting untuk perkembangannya. Justeru, saya sentiasa mendapatkan produk berpatutan dengan nutrisi lebih baik supaya berbaloi setiap wang ringgit yang dibelanjakan”

Jom bekalkan nutrisi lengkap untuk anak dengan susu tepung Dutch Lady

Kredit gambar: Dutch Lady

Memahami keperluan ibu-ibu di Malaysia, Dutch Lady Malaysia sehingga kini terus komited membekalkan nutrisi berkhasiat buat kanak-kanak di negara kita.

Justeru, sebagai jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak No. 14 di Malaysia, kini Dutch Lady menampilkan rangkaian produk dengan pek baharu yang disertakan formula DHA tertinggi1 dalam Dutch Lady 123 untuk membantu menyokong perkembangan kanak-kanak.

Disertakan pelbagai nutrisi yang bagus untuk perkembangan otak anak

Kredit gambar: Dutch Lady

Selain Dutch Lady 123, terdapat juga Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+ yang mana kesemuanya mengandungi nilai-nilai nutrien lebih tinggi5 yang memberikan lebih banyak nilai buat ibu seperti 44% lebih protein, 70% lebih vitamin D3 dan 150% lebih vitamin C berbanding produk jenama lain yang berada dalam lingkungan harga yang sama.

Ia juga mengandungi DHA atau nama saintifiknya, asid docosahexaenoic6 yang bertindak sebagai salah satu lemak yang membantu perkembangan otak kanak-kanak berusia antara 1 hingga 5 tahun. Selain itu, Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+ juga mengandungi protein yang berfungsi untuk membina dan memperbaiki tisu badan.

Tambahan, Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+ disertakan manfaat vitamin seperti 7vitamin C yang membantu menguatkan tisu, otot dan kulit. Selain vitamin C, ia juga dilengkapi vitamin D3 yang membantu badan menyerap kalsium8 dan asid lemak Omega 3 yang penting untuk fungsi otak yang normal9.

Kredit gambar: Dutch Lady

Jom sokong perkembangan anak supaya menjadi lebih bijak dan sihat hari ini dengan nutrisi berkhasiat daripada Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+ yang mengandungi 5X DHA10. Dapatkan segera di semua pasar raya besar dan kedai-kedai di seluruh negara.

Untuk dapatkan sampel percuma, layari www.smartmoments.com.my/ms/get-a-free-sample.

Rujukan:

  1. Tahap DHA untuk setiap hidangan bagi DL 123 Biasa & Madu berbanding susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang lain (1-3 tahun) dalam lingkungan harga yang sama (Mass category; GUM1+).
  2. Status nutrisi dan pemakanan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 12 tahun: hasil kajian Nutrition Survey of Malaysian Children (SEANUTS Malaysia), British Journal of Nutrition (2013), 110, S21–S35.
  3. Koo HC, Poh BK, Lee ST, Chong KH, Bragt MC, Abd Talib R, SEANUTS Malaysia Study Group. Are Malaysian Children Achieving Dietary Guideline Recommendations, Asia Pacific Journal of Public Health, 2016 Jul; 28(5_suppl):8S-20S.
  4. Berdasarkan Audit Runcit untuk 12 bulan berakhir Mac 2018 di Semenanjung Malaysia (Hak Cipta Terpelihara © 2018, The Nielsen Company (M) Sdn Bhd) bagi kategori produk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak.
  5. Perbandingan Dutch Lady 123 Biasa dengan jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak (1-3 tahun) yang lain dalam lingkungan harga yang sama.
  6. Chang C.Y, Ke D.S, & Chen J.Y. Essential fatty acids and human brain. Acta Neurol Taiwan. 2009 Dec; 18(4):231-41. Retrieved September 5, 2017, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20329590.
  7. Peranan protein tenusu untuk negara-negara membangun, 2017. Jan Steijns.
  8. National Institute of Health, Office of Dietary Supplement, Vitamin D, Factsheet for Healthcare Professionals – https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminD-HealthProfessional/
  9. The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review – https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3738999/
  10. Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009).

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×