MariLokal

Nak Mulakan Bisnes Tapi Tak Tahu Caranya? Ini 4 Langkah Untuk Mulakan Perniagaan SME Sendiri!

Kita semua mesti ada impian kan? Tak kisahlah impian nak ada rumah sendiri ke, nak mengelilingi dunia ke ataupun mempunyai perniagaan sendiri. Semuanya tak mustahil asalkan ada kerajinan, usaha dan kerja keras.

Cakap pasal membina perniagaan sendiri ni, min lihat kat Malaysia ni semakin banyak perniagaan khususnya perniagaan mikro, kecil dan sederhana (SME) yang diusahakan. Saban hari ada je kita dengar jenama baru, lebih membanggakan, rata-rata pemiliknya adalah rakyat Malaysia sendiri.

Mereka ni pula adalah yang bermula betul-betul dari bawah dan ada yang dah menempa nama sehingga ke luar negara. Wow, hebat!

Haa..mesti ada di antara anda yang nak jadi macam mereka kan? Buat anda yang ada cita-cita untuk memulakan perniagaan sendiri tu, jom kami kongsikan langkah-langkah yang boleh menjadi panduan!

Langkah 1: Sediakan pelan perniagaan yang ringkas

Dalam hidup ni, nak mulakan apa pun perlu ada pelan. Barulah sesuatu yang kita buat tu ada panduan dan mudah untuk dilaksanakan. Lagipun, pelan perniagaan ni penting untuk kita melihat dan menganalisa idea atau projek perniagaan dengan lebih terperinci.

Selain itu, ia juga digunakan untuk kenalpasti keberkesanan perniagaan yang dirancang tu.

Kalau anda tak pasti bagaimana untuk sediakan pelan perniagaan, anda boleh rujuk formatnya di sini. *

*Sumber: smeinfo.com.my

Langkah 2: Daftarkan perniagaan

Haa..yang ini paling penting!

Sebelum nak mulakan perniagaan kenalah daftar dulu. Semua peniaga atas talian yang menjalankan perniagaan melalui pasaran atau e-dagang wajib mendaftar dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kalau anda nak tahu, peniaga yang gagal untuk mendaftarkan perniagaan mereka akan disingkirkan daripada platform e-dagang yang mereka jalankan dan tindakan juga akan diambil di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ke atas peniaga yang tidak mendaftar dan jika disabitkan bersalah akan dipenjara selama 2 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya tau!

Langkah 3: Mulakan perniagaan secara atas talian

Haa..lepas dah daftar, barulah boleh mulakan perniagaan anda tu.

Sekiranya anda menjalankan perniagaan secara atas talian, anda boleh ikuti langkah-langkah mudah di bawah ni:

  • Bina laman web e-dagang sendiri untuk menjual produk anda
  • Mempunyai akaun media sosial (Instagram, Facebook, Tiktok)
  • Menjual di pasaran atas talian (Shopee, Lazada, etc..)

Langkah 4: Dapatkan pembiayaan jika perlu

Macam yang kita tahu, perniagaan dan perusahaan SME ni kebanyakannya bermula dari modal yang rendah dan tidak mempunyai pelabur, ianya berbeza dengan syarikat-syarikat multinasional yang mempunyai pelabur membuatkan ianya kukuh dan stabil.

Jadi, terdapat beberapa cara dan pilihan untuk anda pilih untuk membiayai perniagaan anda di Malaysia:

  • Pilihan tunai lanjutan daripada bank
  • Program Bank SME
  • Pinjaman peribadi daripada bank. Bandingkan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan keperluan perniagaan
  • Platform pendanaan ramai ekuiti (ECF).

Haa..dah jelas sekarang? Buat anda yang ingin memulakan perniagaan SME, kami harap, langkah-langkah di atas sedikit sebanyak dapat membantu. Semoga berjaya!

Rujukan: smeinfo.com.my

Mahu memaparkan perniagaan anda di lebih 30 jenama di bawah Media Prima? Emel ke [email protected] #MariLokal

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×