Kerjaya

Cara Daftar SSM Untuk Bisnes Online & Servis Freelance. Banyak Kelebihan Walau Kecil-kecilan

2.3K
SHARES
cara daftar ssm

“Dah dekat 2 tahun berniaga online ni rasa seronok pulak. Hari tu dengar kawan kata elok daftar SSM, nanti senang. Tapi leceh tak agaknya? Apa kelebihan daftar SSM ni?”

Sebenarnya memang banyak kelebihan kita daftarkan perniagaan, lebih-lebih lagi bagi yang memang minat atau serius berniaga walaupun secara kecil-kecilan.

Sebelum kita tengok cara daftar SSM, apa kata tengok dulu apa kelebihannya. Yelah, kalau nak ikutkan mungkin ramai yang rasa tak perlu daftar sebab berniaga kecil-kecilan je. Tapi, bila dah tahu kelebihannya, rupanya berbaloi mendaftar SSM ni sebenarnya.

Kelebihan Daftar SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

Antara kelebihan mendaftarkan perniagaan kita di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah:

1. Mudah & Murah

Daftar SSM ni tak susah pun sebenarnya. Sekarang pun dah boleh buat secara online. 

Modalnya pula lebih kurang RM60 saja setahun. Lepas tu tak payah risau nak fikir risiko denda RM50,000 atau penjara 2 tahun.

2. Lebih Diyakini

Bila perniagaan kita didaftarkan dan dah ada nombor SSM, sedikit sebanyak dah tentu orang akan berasa lebih yakin untuk berurusan dengan kita.

Bayangkan dengan macam-macam scam zaman sekarang ni, ramai pembeli dah lebih berhati-hati dan cuba pilih penjual yang boleh dipercayai.

(Rasanya kalau nak daftar sebagai penjual online di Lazada pun kena ada nombor SSM kan?)

3. Boleh Buka Akaun Semasa

Bila ada SSM, kita boleh apply untuk buka Akaun Semasa di bank. Senang kalau asingkan akaun perniagaan dengan akaun peribadi. Perbelanjaan pun lebih terurus dan tak adalah kita terguna duit tu nanti.

Lagi satu, kadang-kadang kalau banyak sangat transaksi keluar masuk di akaun peribadi, akaun kita boleh dibekukan atau di block oleh pihak bank sebab disyaki menjalankan perniagaan menggunakan akaun peribadi.

4. Tertakluk Pada Undang-undang

Yang paling penting, mendaftar SSM ni dapat menjadikan perniagaan kita sebagai sebuah entiti yang sah. Kalau ada apa-apa masalah semasa berurusan, kita pun ada dokumen untuk buat laporan atau buat tuntutan.

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 menyatakan sebarang perniagaan yang mendatangkan keuntungan mesti berdaftar dengan Suruhanjaya.

5. Motivasi Untuk Diri Sendiri

Selain itu, mendaftarkan perniagaan ni secara tak langsung menjadikan kita lebih bersemangat untuk menguruskan perniagaan.

Tambahan lagi, bila dah ada dokumen perniagaan yang sah, mudah untuk kita mohon dana atau geran untuk tujuan memajukan lagi perniagaan.

Haa… Untunglah tu kan?

OK sekarang jom kita tengok cara nak daftar perniagaan kita dengan SSM.

cara daftar ssm

Cara Daftar SSM Secara Online Atau Di Kaunter

1. Fikirkan Nama & Jenis Perniagaan

Mula-mula tu sebelum isi borang, kita kena tahu dulu apa jenis perniagaan yang kita nak daftarkan. Contohnya milikan tunggal atau perkongsian.

Biasanya untuk peniaga kecil-kecilan, bisnes online atau freelance akan daftar yang paling simple iaitu milikan tunggal. Nak lagi senang, guna nama sendiri je.

Kalau nak guna nama yang glamor sikit, penting untuk kita fikirkan siap-siap sekurang-kurangnya 3 nama pilihan supaya nanti tak adalah melopong bila nama yang kita pilih tu dah digunakan oleh orang lain.

2. Layari Laman Web EzBiz

Bagi yang nak mendaftar secara online, boleh layari laman web ezbiz.ssm.com.my.

Klik butang ‘SIGN UP’ bagi yang mendaftar pertama kali. Isi ruangan yang diperlukan (No. IC dan Nama Penuh).

Lepas tu create ID dan Password.

Bagi yang nak daftar secara manual boleh skip proses ini dan terus ke kaunter SSM terdekat atau ikut Step 3 di bawah.

cara daftar ssm

3. Pergi Ke Kaunter SSM

Selesai isi maklumat tadi, kita perlu dapatkan pengesahan IC di kaunter SSM yang berdekatan untuk pengesahan. Boleh Google lokasi kaunter SSM atau UTC yang ada cawangan SSM.

4. Isi Maklumat

Biasanya di pejabat SSM ada sediakan beberapa komputer untuk kita isi semua maklumat yang berkaitan dalam Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A). Jangan risau, nanti akan ada pegawai yang bantu semasa proses tersebut.

Maklumat yang perlu diisi adalah:
a) Nama perniagaan
b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

Terpulanglah pada kita sama ada nak terus register di kaunter atau buat sendiri di rumah. Rasanya kalau buat di kaunter terus lagi senang sebab kalau ada pertanyaan boleh terus tanya pegawai di sana.

5. Buat Bayaran

Seterusnya kita perlu buat bayaran berdasarkan jenis nama perniagaan yang kita gunakan tadi. Kalau guna nama sendiri, bayarannya lebih murah berbanding kalau guna nama lain.

Caj bayaran adalah seperti berikut.

  • Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
  • Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian
    menggunakan nama tred – RM60.00
  • Maklumat Perniagaan – RM10.00

Ini contoh bayaran yang saya buat menggunakan nama sendiri. Jadi, total kena bayar RM40.00.

6. Tunggu Approval

Akhir sekali, tunggu approval daripada SSM. Kalau guna nama sendiri memang sekejap aja. Pegawai SSM akan terus printkan sijil tu dan serahkan pada kita. Siap!

Tapi bagi yang guna nama lain, mungkin akan ambil masa sikit untuk mereka check sama ada nama yang dipilih bersesuaian atau ada sama dengan orang lain tak. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 1 jam dari waktu pembayaran dibuat.

Bagi yang isi sendiri maklumat secara online dekat rumah, kena sentiasa alert dengan email untuk beritahu kita sama ada permohonan kita dah berjaya atau ada sebarang maklumat yang perlu dilengkapkan lagi. Bila dah approved, download saja sijil dan maklumat perniagaan dan print.

Itu saja…. Siap.

cara daftar ssm

cara daftar ssm

Selamat Berniaga!

Mudah kan? Lepas ni dah boleh renew secara online tanpa perlu ke kaunter lagi sebab kita dah buat proses pengesahan IC tadi.

Untuk prosedur lengkap cara daftar SSM, boleh rujuk maklumat PDF oleh SSM di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×