Famili

Nak Menang Duit Raya Bernilai RM200,000? Jom Jadi Antara 500 Pemenang Kempen PTPTN!

1K
SHARES

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini kembali dengan Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021 untuk semua pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan tawaran hadiah lebih menarik untuk dimenangi.

Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kempen itu bertujuan memberi galakan kepada rakyat Malaysia memupuk budaya menabung dalam kalangan masyarakat  bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kempen ini tanda penghargaan PTPTN kepada rakyat Malaysia kerana memilih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai pilihan utama untuk membuat simpanan pada musim perayaan,” katanya.

Selain itu, kempen ini turut menyasar rakyat Malaysia agar memilih SSPN sebagai pilihan utama akaun simpanan untuk menyimpan duit raya anak.

‘Jom Beraya, Jom Menyimpan’ juga mencerminkan keprihatinan PTPTN supaya rakyat Malaysia sentiasa mengutamakan simpanan demi masa depan walaupun menyambut perayaan dalam norma baharu dan meriah.

Kalau anda nak tahu, promosi ini bermula pada 1 Mei sehingga 31 Mei 2021 dengan menawarkan hadiah duit raya bernilai hampir RM200,000 untuk dimenangi oleh 500 pemenang di Peringkat Negeri dan Peringkat Nasional. Menariknya!

Sebelum tu, jom layan video ni dulu!

Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit SSPN, di mana pendeposit perlu membuat simpanan di dalam tempoh musim perayaan Aidilfitri.

Peserta Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan bagi Peringkat Nasional perlu membuat simpanan bersih RM300 dan ke atas dalam tempoh promosi.

Manakala bagi peserta kempen Peringkat Negeri pula perlu membuat simpanan bersih minimum RM100 dalam tempoh berkenaan.

Selain itu, pendeposit layak untuk cabutan bagi kedua-dua Peringkat Nasional dan Peringkat Negeri sekiranya simpanan bersih adalah RM300 dan ke atas dalam tempoh promosi. Pendeposit juga layak menerima hadiah edisi terhad dari PTPTN iaitu Jute Beg dan sampul raya sementara stok masih ada.

Pendeposit boleh membuka akaun atau membuat penambahan simpanan secara dalam talian dengan melayari www.lovesspn.com, atau boleh hadir ke kaunter cawangan PTPTN serta melalui ejen sah yang dilantik.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021, sila layari laman web www.lovesspn.com.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×