Famili

Nak Masak Secara Lebih Sihat & Pantas? Nah Ini Cara Mudahnya, Cuma Perlu Satu Benda Je!

617
SHARES

Kredit foto: NutriU

Selalu kita dengar makanan adalah penyumbang utama kepada masalah kolesterol dan penyakit bahaya lainnya yang mampu mengancam nyawa. Tapi berapa ramai yang betul-betul ambil serius tentang hal ini?

Kadang-kadang itu bukanlah kita tak mahu makan secara sihat namun tanggapan seperti makanan sihat ini mahal, tak sedap dan leceh nak dimasak buat kita jadi patah semangat betul tak? Ish ish, tanggapan tu semua salah okay!

Demi nak memudahkan anda untuk jalani gaya hidup lebih sihat, biar kami kongsikan cara untuk untuk masak makanan sihat dengan pantas, mudah dan pastinya sedap!

Makanan sihat lebih mudah disediakan dengan Phillips Premium Airfryer XXL!

Seperti namanya, Philips Premium Airfryer XXL didatangkan dengan basket berukuran besar sehingga 7.3 liter bagi memudahkan anda memasak untuk seisi keluarga. Senang cakap besarnya setakat nak masak seekor ayam itu takde hal lah!

Generasi baru Philips Airfryer ini akan senangkan kerja anda sebab ianya boleh laraskan suhu serta masa masakan secara automatik mengikut menu yang anda nak!

Mudahnya! Anda hanya perlu pilih jenis masakan kemudian tekan butang ‘Cook’ dan teknologi smart sensor akan tetapkan secara automatik penyelerasan yang bersesuaian agar hidangan dapat dimasak dengan sempurna.

Salah satu fungsi lain yang kami rasa memang hebat adalah tetapan ‘Save Your Favourite’ yang membolehkan anda untuk masak makanan kegemaran mengikut masa dan suhu yang anda nak. Haa.. Tinggal tekan satu butang je terus siap hidangan kegemaran anda!

Dah siap masak tapi rasa macam nak tengok tv dulu sebelum makan? Tinggal je makanan tersebut dalam airfryer dan pilih tetapan ‘Keep Warm’  fungsi ini akan memastikan hidangan anda kekal hangat sehingga 30 minit.

Berkemampuan untuk masak secara 1.5 kali lebih laju berbanding ketuhar

Lengkap dengan rapid airflow technology dan pemanasan segera, sekarang masakan anda dah boleh siap dimasak dengan kepantasan 1.5 kali lebih pantas berbanding penggunaan ketuhar. 

Lagi best sebab anda tak perlu pun panaskan dulu airfryer ini sebelum memasak, tinggal hidupkan dan boleh terus masak! Haa.. laju ya! Tak adalah buang masa nak tunggu-tunggu lagi.

Nak goreng, bakar atau panggang, eh semuanya bolehlah!

Dengan Philips Premium Airfryer XXL, anda bebas untuk pilih kaedah masakan sama ada goreng, bakar, panggang atau sekadar nak panaskan semula hidangan.

Untuk masakan yang dipanaskan semula, keenakkan hidangan tersebut dijamin tak akan berkurang tau! Semuanya sebab teknologi Philips Air flow dan rekaan starfish yang membolehkan hidangan korang dimasak sekata.

Teknologi fat removal & rapid airflow menjamin masakan lebih sihat

Sekarang anda dah boleh nikmati ayam goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam tanpa sebarang rasa bersalah, kerana Philips Premium Airfryer XXL menggunakan udara panas bagi menggantikan minyak untuk mengoreng, supaya masakan dimasak secara lebih sihat.

Philips Premium Airfryer XXL juga adalah satu-satunya airfryer yang dilengkapi teknologi fat removal khusus untuk menyingkirkan lemak berlebihan! Jadi, nak goreng apa semua lepas ini campak je dalam airfryer okay? Mudah, cepat dan tak membahayakan kesihatan anda!

Philips Premium Airfryer XXL didatangkan dengan seleksi menu masakkan

Anda tak perlu dah risau memikirkan nak masak apa tiap hari lepas ini sebab setiap pembelian Philips Premium Airfryer XXL dilengkapi dengan pelbagai seleksi resipi masakan dari serata dunia melalui aplikasi NutriU.

Dekat sini, serba-serbi ada ya daripada resipi hidangan utama sehinggalah pencuci mulut semuanya lengkap. Sangat membantu! Aplikasi NutriU boleh dimuat turun melalu Apple App Store dan Google Play Store.

Jika anda berminat nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Philips Premium Airfryer XXL, silakan layari laman web rasmi Philips di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×