Hebahan

Nak Diskaun Bil Elektrik Dari TNB Sehingga 50%? Ini Apa Anda Perlu Buat

129
SHARES

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan satu arahan tegas buat seluruh rakyat Malaysia bagi membasmi penularan Covid-19. Sepanjang tempoh PKP ini berlangsung, boleh dikatakan kesemua rakyat Malaysia hanya duduk dirumah. Tidak kira berkeluarga ataupun bujang pastinya mereka terpaksa akur dengan perintah ini.

Apa yang paling ditakuti oleh orang ramai ketika ini selain wabak Covid-19 ini, sudah semestinya caj bil elektrik bulanan mereka. Dengan hanya mengurungkan diri dirumah, semestinya kipas, lampu, dan tv dipasang sepanjang masa, ini termasuklah mereka yang menggunakan penghawa dingin dan juga gajet yang digunakan setiap hari, pastinya bil bulanan itu naik dengan mendadak. Tetapi anda tidak perlu risau, dengan adanya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, anda boleh mendapatkan diskaun untuk bil bulanan anda.

Diskaun Bil Elektrik Juga Tersenarai Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi

Berita baik buat semua! Anda boleh dapatkan potongan diskaun untuk bil elektrik bulanan anda. Ini kerana melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat telah umumkan bahawa diskaun bil elelektrik termasuk dibawah pakej itu. Lebih baik lagi, diskaun yang ditawarkan sehingga 50%. Tetapi ada syarat yang anda kena tahu. Anda semua perlu berusaha untuk hadkan penggunaan elektrik dirumah ini kerana lagi sikit penggunaan, lagi banyak diskaun yang anda dapat.

Kadar diskaun itu sendiri dikira berdasarkan jumlah penggunaan elektrik di rumah anda sendiri. Untuk tahu kadar diskaun yang akan diperoleh oleh pengguna domestik atau kediaman anda, boleh baca di jadual bawah yang telah ditetapkan TNB.

Pengguna Domestik Tidak Perlu Memohon

Berdasarkan kenyataan TNB sendiri, Pengguna domestik tidak perlu membuat apa-apa permohonan untuk diskaun ini kerana ianya diberikan secara automatik kepada semua pengguna yang berdaftar dengan TNB ataupun mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 3 September.

Kaedah pengiraan diskaun boleh dilihat didalam paparan yang disediakan berdasarkan laman web TNB.

Sumber : Tenaga Nasional Berhad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×