Kini Trending

Nak Dapat Tiket AJL Dengan Pengalaman VIP Secara Percuma Dari Applecrumby®? Ini Caranya..

2
SHARES

Ramai yang tidak sabar menantikan malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 pada 3 Mac nanti, mana tidaknya barisan finalis tahun ini semuanya hebat-hebat dan super popular.

Dimeriahkan pula dengan konsep ekstravaganza melalui tema Muzikaverse, lagilah ramai yang teruja nak saksikan kelainan malam finale AJL pada tahun ini betul tak?

Tapi, kalau dapat tiket percuma mesti lagi best kan?

Applecrumby® nak belanja anda tiket percuma, paling best anda akan jadi VIP!

Berita baik untuk anda yang nak sangat saksikan AJL secara langsung! Applecrumby® berbesar hati untuk tawarkan pemenang bertuah peluang bagi merasai pengalaman VIP di malam AJL nanti bersama barisan KOLs terkenal dan selebriti!

Cara nak menang mudah je tau, anda hanya perlu menyertai peraduan GayaApplecrumby yang bakal berlangsung pada 18-27 Februari nanti.

Langkah penyertaan:

  1. Ambil gambar anak anda dalam persalinan yang paling fashionable
  2. Muat naik gambar tersebut ke microsite Applecrumby® bersama caption (tidak lebih daripada 50 patah perkataan) menerangkan kenapa anda layak untuk menang
  3. Pemenang bakal dipilih untuk merasai pengalaman VIP AJL berserta baucar lampin pakai buang Applecrumby® bernilai RM500

Peraduan ini hanya berlangsung untuk 10 hari sahaja, jadi anda kena cepat! Kalau tidak melepaslah peluang nak rasai pengalaman VIP di AJL nanti.

Jenama lampin pakai buang yang dipercayai ibubapa

Kredibiliti Applecrumby® sebagai jenama barangan bayi siri premium memang tak perlu diragukan lagi, terutama sekali lampin pakai buang mereka yang dikategorikan antara terbaik di pasaran.

Lampin pakai buang Applecrumby® direka sepenuhnya tanpa klorin bagi memastikan ia selamat untuk kegunaan si manja dan juga mesra alam sekitar.

Ia juga hadir dengan perlindungan kebocoran yang sempurna bersama teknologi GreenCore-Dry bagi memastikan si manja dapat kekal kering dan selesa.

Paling penting lampin ini direka khusus tanpa menggunakan pewarna bagi melindungi kulit bayi daripada terjejas dek ruam.

Haa.. Senang cakap, dengan Applecrumby® ibu bapa tak perlu risau tentang keselesaan si manja dah! Harga pun dalam kategori mampu milik dengan kualiti yang top-notch!

Applecrumby® tampil kelainan di AJL

Istimewa untuk AJL ke-38, Applecrumby® bersama pihak produksi tampilkan kelainan dengan mengadakan ‘baby red carpet’ dan juga ‘baby room’!

Mesti comel habis gelagat si cilik yang bakal memeriahkan acara karpet merah di AJL nanti.

Kalau anda nak rasai sendiri kelainan AJL kali ini, jangan lupa untuk sertai peraduan GAYAAPPLECRUMBY! Kena cepat sebab tarikh tamat peraduan dah tak lama lagi tau.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang promosi istimewa daripada Applecrumby® anda boleh layari laman web rasmi mereka di SINI atau ikuti Instagram mereka di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×