Rakyat

Nahas Bas Ekspres: Ayah Cari Anak di Wad Kecemasan, Rupanya Di Bilik Mayat…

2.7K
SHARES

Luluh hati seorang bapa apabila anak yang disangka hanya terbabit dalam kemalangan biasa dan dirawat ke unit kecemasan adalah antara empat yang maut dalam nahas di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Lingai, Kuala Nerus, Kuala Terengganu semalam.

Baca juga: Baru Je Sembuh Covid-19 Tapi Risau Dijangkiti Lagi Ketika Solat Tarawih? Ini Jawapan Doktor

CARI ANAK DI WAD KECEMASAN, RUPANYA DI BILIK MAYAT

Gambar: BH Online

Memetik laporan Berita Harian, Jusoh Abd Rahman, 78, merupakan bapa kepada Mohammad Saufi , 34, yang maut bersama tiga lagi rakannya selepas van dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah bas ekspres jam 6.22 petang.

Menurut Jusoh, dia yang berada di rumah dimaklumkan anak kelima daripada lapan beradik terbabit dalam kemalangan ketika berbuka puasa. Menjadi kebiasaan anaknya berbuka puasa bersamanya, isteri dan dua adiknya di rumah mereka di Kampung Losong Haji Mat Shafie, namun hingga jam 7 malam, arwah tidak sampai di rumah.

Gambar: BH Online

“Tunggu juga dia balik dan ingatkan dia ada kerja tetapi tiba-tiba dimaklumkan anak kemalangan sebelum anak bongsu hubungi anak kedua saya yang tinggal di Manir.

“Kami segera ke unit kecemasan namun pelik sebab nama anak tiada di situ sebelum ternampak trak polis yang bawa mayat dan dimaklumkan anak antara yang maut dalam kemalangan itu,” katanya ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah malam tadi.

TAK SEDAP HATI NAMA TIADA DI UNIT KECEMASAN

Gambar: BH Online

Sementara itu Berita Harian juga menemui, Othman, 45, yang juga abang kepada Allahyarham Mohammad Saufi berkata, dia yang tinggal di Manir segera ke rumah keluarganya sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan.

“Ketika itu, kami hanya dimaklumkan arwah kemalangan tetapi mula rasa tak sedap hati apabila nama adik tiada di unit kecemasan. Saya cuba hubungi kawan-kawan sekerja arwah tetapi tiada jawapan dan mula rasa tidak sedap hati sebelum kami ternampak kenderaan polis.

“Tidak lama kemudian, keluarga kepada rakan arwah minta pergi ke bilik mayat,” katanya.

Dalam kemalangan jam 6.22 petang, pemandu van Kairol Arman Kamrudin, 38, bersama tiga penumpang, Syed Mohd Syukri Tuan Yahya, 36; Mohammad Saufi Jusoh, 34, dan Mohd Shahlan Mat Saat, 37, maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu Superintendan Ismail Man berkata kejadian dipercayai berlaku ketika van Daihatsu dinaiki empat mangsa yang bekerja sebagai juruteknik dalam perjalanan dari arah Besut menghala ke Kuala Terengganu.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, van dipandu Kairol Arman dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan yang berada di hadapan namun gagal lalu bergesel dengan kereta Proton Persona dari arah bertentangan.

Katanya, semua mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×