Sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi utama negara, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini melebarkan peranannya dengan menubuhkan dana wakaf pendidikan tinggi bagi memperluas sumber pembiayaan pendidikan tinggi selain pinjaman pendidikan sedia ada.
Dikenali sebagai myWaqafPTPTN, inisiatif ini merupakan produk wakaf pendidikan tinggi hasil kerjasama strategik antara PTPTN dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).
Wang dana tersebut akan dikendalikan oleh pihak Yayasan Wakaf Malaysia dan akan dilaburkan dalam pelaburan patuh syariah.
Individu, organisasi atau syarikat-syarikat, semua boleh menyumbang!
Setiap sumbangan kepada myWaqafPTPTN layak mendapat potongan cukai 10% daripada pendapatan agregat di bawah Subseksyen 44 (11C) Akta Cukai Pendapatan 1967!
Sumber wakaf bagi pelaksanaan myWaqafPTPTN ini akan menggunakan konsep wakaf tunai (‘ain waqaf) mengikut kaedah dan saluran Skim Wakaf Tunai Malaysia (SWTM) sedia ada di YWM.
Siapa yang layak untuk dapatkan myWaqafPTPTN ni?
Penerima manfaat myWaqafPTPTN adalah mahasiswa daripada golongan B40, M40 dan asnaf, tidak terhad kepada yang beragama Islam sahaja. Mahasiswa ini layak membuat permohonan dan melalui proses saringan yang ditetapkan.
Orang ramai boleh berwakaf secara tunai melalui laman web rasmi YWM (https://www.ywm.gov.my/app/) dengan memilih myWaqafPTPTN dalam senarai ‘Wakaf Khas / Projek.. Tiada had nilai ditetapkan bagi tujuan pewakafan ini. Untuk kaedah pewakafan melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia, klik di SINI.
Selain itu, anda juga boleh membuat pindahan wang ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia -PTPTN di RHB Islamic Bank melalui nombor akaun 2-12457-6006259-1.
Nak lebih mudah, pindahan wang boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR di gambar di bawah:
Kesemua dana akan dilaburkan dalam pelaburan patuh syariah oleh Yayasan Wakaf Malaysia
Selaras dengan Bulan Ramadan sebagai Bulan Wakaf Kebangsaan (BWK) yang telah diperkenalkan sejak tahun 2021 dengan objektif utama bagi mewujudkan kesedaran amalan berwakaf di kalangan masyarakat.
Menerusi inisiatif ini juga, keperluan PTPTN untuk mendapatkan dana serta jaminan daripada Kerajaan sebagai sumber membiayai pinjaman pendidikan tinggi kepada mahasiswa dapat dikurangkan.
Semoga hasrat murni ini membawa PTPTN ke arah yang lebih cemerlang dalam memperkasa pendidikan tinggi dan memartabat
institusi wakaf sebagai instrumen pembangunan pendidikan dan sosioekonomi ummah.
Ia sekaligus dapat meningkatkan imej positif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan PTPTN di mata masyarakat.
Jom berwakaf melalui myWaqafPTPTN untuk kelangsungan dana pendidikan tinggi kepada generasi akan datang. Layari laman web rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/mywaqafptptn untuk maklumat lanjut!