Hebahan

MyCare Lancar Tabung Bantuan MyRamadhan Khas Buat Rakyat Gaza

4
SHARES

Bulan Ramadhan ialah bulan yang paling ditunggu tunggu oleh umat Islam seluruh dunia. Bulan Ramadhan juga disambut meriah di negara kita sendiri. Ini kerana ketika bulan Ramadhan lah orang berlumba lumba mengejar keberkatan yang berlipat ganda dan melakukan ibadah yang tidak terhingga.

Walaubagaimanapun, tidak semua yang berkemampuan untuk menyambut Ramadhan dengan meriah. Lebih lebih lagi di Gaza. Negara yang sedang bergolak itu menjadikan mereka terpaksa menyambut Ramadhan dalam keadaan ala kadar. Humanitarian Care Malaysia atau lebih dikenali sebagai MyCare sebuah badan kebajikan di Malaysia telah melancarkan tabung MyRamadan bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan di Gaza.

Ramadhan Ala Kadar Di Gaza

Marhaban ya Ramadan ucapan yang meniti dibibir seluruh umat islam ketika tibanya bulan yang penuh barakah tanda mulanya puasa. Seluruh umat Islam menyambutnya tanpa mengira kedudukan, yang miskin atau kaya, negara aman atau bergolak. Ketika ada umat Islam sibuk berbuka dengan juadah pelbagai pilihan dan lazat di sudut bumi bergolak terdapat saudara segama yang hanya berbuka dengan air kosong yang tidak pasti kebersihanya dan tiada makanan.

Para petugas Humanitarian Care Malaysia(MyCARE) Gaza mengagihkan bantuan pek iftar dan pek berbuka kepada 100 buah keluarga miskin di kawasan Nahrul Baarid, Semenanjung Gaza. 

Pegawai Media Humanitarian Care Malaysia di Gaza, Asyraf Elawa berkata hampir dua juta penduduk wilayah berkenaan mengharungi bulan Ramadan dalam keadaan ekonomi terburuk sejak puluhan tahun lalu.

“lebih sejuta penduduk Gaza tidak mempunyai pendapatan harian. Seorang setiap dua penduduknya hidup dibawah paras kemiskinan dan 70 peratus golongan muda menggangur. Tambahan pula, kadar kemiskinan mencecah 65.6 peratus. Daripada jumlah itu, 33.8 peratus termasuk dalam kategori ‘miskin terlampau”

Usamah, 5, terpegun dengan Face Mask yang dipakai oleh sukarelawan MyCARE ketika menyampaikan bantuan pek makanan. Usamah memegang tangan sukarelewan lalu meminta memberikannya face mask yang sedang dipakai oleh sukarelewan. Kanak-kanak kecil itu tidak mengetahui ia adalah Face Mask untuk mencegah dari jangkitan Covid19. Kehidupan yang sangat miskin yang dihadapi oleh penduduk Gaza, dengan kekurangan makanan dan minuman menyebabkan mereka tidak terfikir apa-apa berkenaan alatan pencegahan dari Covid19. 

Menurut Asyraf, sejak 5 tahun lalu pihak MyCARE Gaza memberikan bantuan kemanusiaan berupa pek makanan dan air bersih kepada keluarga-keluarga yang dikategorikan “miskin terlampau” di kawasan Nahrul Baarid, Semenanjung Gaza .

“di kawasan ini terdapat 100 buah keluarga miskin dan setiap keluarga terdiri daripada 7 orang. Mereka tidak mempunyai rumah yang selamat serta bekalan makanan harian dan sukar untuk mendapti air bersih”

“mereka juga tinggal dikawasan yang penuh dengan binatang-binatang seperti biawak dan tikus kerana kawasaan itu adalah tempat pembuangan sampah. Pihak kami juga mendapati kanak-kanak hanya memakai pakaian yang koyak”, tambah beliau.

Keadaan Kawasan penempatan yang didiami oleh 100 buah keluarga di Nahrul Baarid, Semenanjung Gaza. Sekitar kawasan ini adalah tempat pembuangan sampah. 

Menurut Ayraf lagi, sejak penularan wabak covid 19 situasi keluarga disini bertamah sukar selain terdedah dengan pelbagai penyakit. Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk Gaza, pihak MyCARE telah melancarkan kempen MyRamadan yang bermula 19 April 2020 sehingga 23 Mei 2020 bagi membantu penduduk miskin di Gaza untuk terus mendapat bekalan makanan bagi kelangsungan hidup.

Salah seorang penerima manfaat, Fatimah, 40. Suaminya lumpuh sejak 3 bulan lalu dan tidak mampu keluar bekerja. Fatimah berharap agar keluarganya tidak terputus bekalan makanan dan anak-anak nya tidak kelaparan dan dapat menyambut Aidilfitri dengan sedikit kegembiraan kelak. 

Bagi mereka yang ingin membantu sumbangan boleh disalurkan melalui Humanitarian Care Malaysia(MyCARE) CIMB (8602135592) atau https://donate.mycare.org.my/c/myramadan

Sumber : MyCare

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×