Nur

Musuh Terbesar Dalam Mendidik Anak: Internet, Televisyen Atau Pergaulan?

2
SHARES

Mendidik anak-anak yang kian membesar bukanlah perkara yang mudah. Tambah pula dengan teknologi yang kian membangun dan terdedah dengan media sosial, makin ramai anak-anak yang terjurumus dalam kancah maksiat. Jadi, banyak perkara yang mak ayah perlu ambil berat bagi menghapuskan ‘musuh’ terbesar dalam mendidik anak-anak. Ini perkara yang anda perlu lakukan.

Baca juga: Padat Dengan Info, Koleksi Artikel NUR Dah Ada Dalam Aplikasi Waktu Solat Malaysia!

Musuh Terbesar Dalam Mendidik Anak-Anak: Internet, televisyen atau lingkungan pergaulan?

Musuh terbesar itu ada pada diri orang tua sendiri iaitu sebuah sifat yang disebut ‘MALAS’.

-Malas mematikan telefon saat bermain bersama anak, tapi berharap anak lebih dekat dengan orang tua daripada kawan-kawan.

-Malas mendengar tangisan anak-anak yang minta dipujuk, tapi mengharapkan anak patuh dan mempercayai orang tua.

-Malas mendengarkan isi hati anak, tapi hanya nak marah pada anak.

-Malas memberi pengaruh pada anak dengan berborak setiap hari, tapi berharap anak tidak terpengaruh dalam pergaulan yang buruk.

-Malas memberi tauladan (contoh) ketaatan kepada Allah dan Rasul, tapi berharap anak menjadi orang-orang yang soleh.

-Malas mengajar Al-Quran & Sunnah, tapi berharap anak meningkat dewasa dengan mencintai agamanya.

Syeikh Soleh Al Fauzan menasihatkan:

Ini adalah jihad fisabilillah, ini adalah seutama-utamanya jihad iaitu engkau berusaha mendidik
anakmu diatas ketaatan kepada Allah’

Musuh terbesar dalam mendidik anak ternyata ada pada diri kita sendiri sebagai orang tua. Sentiasalah untuk hidupkan jiwa Al-Quran dalam diri anak-anak. Selain itu, Saidina Uthman bin Affan pernah memberikan nasihat:

“Hiduplah bersama al-Quran, nescaya hidup kamu akan selamat. Ketahuilah al-Quran dapat melembutkan hati yang keras, menyedarkan manusia akan fitrahnya, mencerahkan hati dan fikiran manusia serta membawanya kepada kebenaran hakiki.”

WAKTU SOLAT MALAYSIA SEDIAKAN SEMUA INFO AGAMA

Jadi, jika anda sedang mencari aplikasi al-Quran untuk telefon bimbit anda, anda boleh cuba Aplikasi Waktu Solat Malaysia. Aplikasi Waktu Solat Malaysia merupakan aplikasi yang dibangunkan 100% dalam Bahasa Melayu, jadi sangat sesuai untuk orang Malaysia. Paling seronok sebab kita boleh dapatkan aplikasi ini secara percuma.

Disediakan juga ruangan Al-Quran, terjemahan, serta ada juga waktu solat yang tepat di dalam aplikasi ini. Jadi semuanya memang 2 dalam 1 kemudahan yang ditawarkan oleh aplikasi Waktu Solat Malaysia ini. Jangan lupa muat turun ok!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×