40 Minggu

Minum Air Kelapa Setiap Hari, Ini Antara 13 Perkongsian Amalan Ameera Zaini Ketika Hamil

8.4K
SHARES

Impian bagi setiap wanita adalah menjalani tempoh kehamilan yang berjalan secara lancar. Di saat inilah dimana setiap ibu akan mencari dan mencuba pelbagai tips supaya mendapat kandungan yang sihat. Sama seperti salah seorang selebriti sosial media yang juga usahawan muda iaitu Ameera Zaini dimana beliau turut berkongsi pengalaman ketika hamilkan Mateen Hasnor Rozaini yang kini berusia 1 tahun 8 bulan. Beliau turut sertakan tips bagi ibu hamil yang mengalami masalah morning sickness yang teruk supaya dapat dijadikan panduan.

PELUANG 50/50…

Ambik satu Al-Quran kat bilik mama, terus terbuka page ni, terselit gambar scan Mateen dalam perut dulu, dekat page Surah Maryam.

Ramai yang tanya Meera apa amalan masa pregnant dulu. Meera rasa sama macam ibu-ibu yang lain, sebab Meera pun rujuk ibu-ibu-lain juga. Masa awal-awal pregnant dulu, Meera morning sickness yang teruk and bleeding dua kali sampai doctor cakap chance masa tu 50/50 je. Alhamdulillah everything went well. Meera baru ada satu je baby rasa tak layak nak bagi tips. So Meera sekadar share sahaja pengalaman Meera okay.

PENGALAMAN AMEERA ZAINI ALAMI MORNING SICKNESS TERUK

1. Doctor bagi injection untuk kuatkan rahim.

2. Meera banyak bedrest je sebab mabuk teruk.

3. Avoid fast food & junk food sebab tekak pun tak suka sangat waktu tu

4. Makan folic acid/obimin/neurogain yang doctor bagi

5. Minum susu kambing

6. Amalkan pati delima untuk hilangkan loya

7. Meera kurang suka kurma masa pregnant so Meera ganti dengan kismis

8. Banyak makan fruits — sukaaaa sangat fruits masa pregnant and now mateen pun camtu

9. Suka buah tembikai — untuk tambah air ketuban tp kalau banyak sangat takut diabetic pulak.

10. Minum air kelapa setiap hari masa 3rd trimester

11. Baca / dengar Surah Maryam Surah Yusuf & Surah Al Baqarah.

12. Doa secara spesifik permintaan kita dekat Allah — nak anak yg sihat, yang cerdik, yang menyenangkan hati ibu bapa, etc

13. Masa belum ada nama meera panggil baby dalam perut dengan panggilan positive macam – good morning handsome boy, good morning anak soleh, assalamualaikum anak mommy yang bijak, anak baik mommy dah bangun ke? Sebab itu pun satu doa kan.

Apapun kesimpulannya, every pregnancy journey is different, Meera rasa kita semua mesti akan buat yg terbaik sahaja kan untuk anak dalam kandungan kita. Meera doakan semua yang baca yang sedang hamil dipermudahkan segala urusan dan untuk yang masih menunggu, teruskan beusaha dan berdoa sebab Allah dah aturkan masa yang terbaik untuk kita semua.

Sumber : ameerazaini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×