Rakyat

MetMalaysia Nafi Berlaku ‘Kepala Ribut’, Info Palsu & Tak Sahih

134
SHARES

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menafikan maklumat cuaca berkenaan ‘kepala ribut’ yang sedang tular di media sosial serta aplikasi Whatsapp.  MetMalaysia turut menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Mulimedia 1998.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Selamatkan Barang Elektrik Selepas Banjir

METMALAYSIA NAFI BERLAKU KEPALA RIBUT

Selain itu, orang ramai juga diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih mengenai ramalan dan amaran cuaca melalui media sosial dan laman web rasmi MetMalaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.

“Justeru kita ingin mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa yang mereka baca dalam talian dan menyemak dahulu kesahihan maklumat tersebut sebelum membuat sebarang pandangan atau kesimpulan mengenai sesuatu isu,” jelas SKMM dalam satu kenyataan.

Individu yang didapati bersalah, mereka boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

KENYATAAN PENUH:

Sumber: Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×