Famili

7 Tempat Paling Mencabar Nak Bawa Anak Kecil. Macam Nak ‘Berperang’ Pun Ada

49
SHARES

“Abang, balik nanti kirim beli roti, telur, susu dengan beras ye. Saya nak cepat masa keluar pergi kedai dengan anak-anak tadi sampai tak dapat nak beli apa-apa. Baru masuk kejap diorang dah mula meragam.”

Orang kata bila bawa anak keluar ni kena bersedia macam nak pergi ‘berperang’. Bukan apa, bila dah ramai-ramai tu bukannya mudah nak kawal keadaan. Macam-macam perkara yang tak dijangka boleh berlaku. Ada yang bergaduh, nak menyusu, menangis atau tantrum tanpa sebab.

Memang boleh pening kepala dibuatnya kan?

Memurut ibu bapa ada beberapa tempat yang leceh dan memdatangkan stres bila bawa anak-anak.

Berikut adalah senarai tempat tersebut menurut undian di Care.com, Reddit dan perbincangan forum tempatan:

1. Tandas Awam

Kadang-kadang tak tahulah kenapa budak-budak ni suka pergi toilet waktu kita tengah kelam-kabut.

Tandas awam dekat Malaysia ni pulak kebanyakannya jenis yang tak mesra famili. Dengan kebersihan yang agak menakutkan, agak lecehlah nak bawa anak-anak guna tandas awam kan?

Satu hal lagi kalau kita yang terpaksa guna tandas dan bawa anak sebab tak ada yang dapat jagakan mereka di luar.  Dibuatnya diorang nak buka pintu, tak duduk diam, dan cakap macam-macam dalam tandas awam tu. Haru!

2. Restoran

Yang ni rasanya tak perlu nak diceritakan pun mesti ramai dah tahu. Kita orang Malaysia memang rajin makan dekat luar.

Walaupun masa bujang dulu kita tak kisah makan dekat mana, tapi bila dah ada anak ni memang agak berkira nak cari tempat makan yang sesuai. Yalah, nanti dibuatnya anak meragam, tak dapatlah nak makan dengan tenang. Silap-silap kena balik dan tapau aje!

anak tantrum menangis

3. Surau / Masjid

Ada masanya anak susah nak bagi kerjasama bila kita tinggalkan mereka sekejap untuk solat. Agak mencabar tau kalau kita nak cepat dan tak dapat nak bergilir dengan pasangan.

Lagi satu, bila tiba bulan Ramadhan biasanya ibu ayah akan bawa anak ke masjid atau surau untuk sama-sama meriahkan solat terawih.

Budak-budak ni kalau dah jumpa kawan, diorang lupa nak kawal perasaan sebab dah terlalu excited.

Ibu ayah pun kenalah ingatkan berkali-kali supaya anak duduk elok-elok dalam masjid atau surau dan tak buat bising. Kalau tak, memang tak khusyuklah solat.

Sebab tulah masjid dan surau yang ada ruang khusus untuk kanak-kanak memang penyelamat!

4. Naik Kapal Terbang

Perjalanan jauh menaiki kapal terbang mungkin akan buat anak teruja. Tapi keterujaan mereka tu mungkin susah nak bertahan lama.

Bayangkan, nak kena tunggu beberapa jam sebelum boarding, nak kena tunggu lagi dalam kawasan boarding. Tunggu lagi dalam kapal terbang sebelum berlepas, dan tunggu lagi beberapa jam sebelum sampai ke destinasi. Kalau ada luggage, kena tunggu lagi proses bagasi.

Obviously, proses nak naik kapal terbang ni memang perlu banyak kesabaran. Kita pun kena rancang strategi supaya anak-anak tak cepat bosan.

tips bawa anak kecil naik flight

Foto Kredit: Nursha Salleh

5. Kenduri / Majlis Perkahwinan

Sesetengah majlis mungkin hanya dihadiri saudara terdekat saja. Majlis seperti ini biasanya lebih formal manakala ada yang dibuat di tempat mewah seperti hotel.

Jadi mungkin atas sebab tu ramai ibu bapa mengatakan majlis perkahwinan antara tempat yang paling stres bawa anak.

Yang jenis outdoor dan terbuka pula mungkin ada yang kurang selesa dan sesak dengan orang, sampai susah nak dapat tempat duduk dan kena tunggu lama sikit nak dapat makanan.

Foto Kredit: w24co.za

6. Jumpa Doktor

Bila ada appointment doktor, tak kisahlah sama ada doktor gigi atau temujanji vaksin, ibu-ibu mungkin akan rasa nervous juga sebab risau dengan reaksi anak. Yalah, kadang tu belum apa-apa lagi anak dah meraung bila nampak doktor atau misi.

Tapi sekarang ni kebanyakan doktor dan klinik dah buat macam-macam cara untuk pastikan anak-anak selesa. Jadi, ibu ayah pun janganlah takutkan anak-anak bila jumpa doktor tau. Paling BIG NO – jangan takutkan anak kata “nanti doktor / misi cucuk!”

gigi pertama bayi

Foto Kredit: Monroe Family Dentist

7. Taman Tema

Pergi taman tema memang seronok kalau anak-anak behave. Ramai ibu ayah di Reddit.com yang kata tempat begini mencabar juga terutamanya kalau terlalu ramai sangat orang.

Dengan keadaan yang panas dan tiket yang mahal, rasa tak berbaloi bila anak mula meragam, bergaduh dan bermasam muka.

Apapun, ibu ayah kena tenang dan pandai handle keadaan. Jangan kita sekali ikut merajuk dan meradang sama. Lagi streslah nampaknya nanti.

Apa Kata Anda Pula?

Memang mencabar sebenarnya nak bawa anak berjalan di tempat awam. Dulu masa kita tak ada anak, mungkin kita yang asyik menjeling kanak-kanak kecil bila diorang buat hal. Tapi bila dah ada anak sendiri, kita pula akan rasa simpati pada mereka. Percayalah!

Antara tips yang dapat dikongsikan oleh ibu bapa ini bila bawa anak berjalan antaranya:

  • Pastikan ada snek walaupun perjalanan singkat. Percayalah ia bukan saja menyelamatkan poket, tapi juga berguna kalau-kalau makanan yang kita order lambat sampai.
  • Bawa at least satu mainan kegemaran anak. Lagi bagus kalau bawa mainan yang dia jarang main. Bila bagi nanti, rasa macam jumpa mainan baru pulak. Dapatlah dia duduk diam dan explore kejap.
  • Kalau dah terpaksa, tak apalah bagi anak tengok kartun sekejap di handphone atau tablet. Sekadar menenangkan mereka, bukannya sampai berjam-jam lamanya. Tapi MESTI PANTAU. Jangan sebab nak jadi perfect parent punya pasal, kita pula asyik stres sampai asyik nak marah-marah.
  • Biarlah orang nak kata kita bawa beg besar macam nak balik kampung, asalkan penuh dengan kelengkapan yang diperlukan. Senang bila nak guna nanti!

Apa kata ibu ayah di luar sana pula?

Jom undi dekat bawah ni!

Most Popular

To Top