Percutian

Kalau Nak Naik Kapal Terbang Masa Mengandung, Fahamkan 5 Perkara Ini

1.3K
SHARES

“Dah dekat setahun tunggu masa nak pergi bercuti ke Korea. Saja tempah awal-awal nak dapat flight murah. Tak sangka pula kena waktu mengandung. Boleh ke naik kapal terbang nanti ya?”

Jika anda bakal menimang cahaya mata,bercuti adalah idea yang baik dan peluang untuk anda meluangkan masa untuk diri sendiri sebelum bergelar ibu. Tambahan pula, apabila sudah bergelar ibu nanti, agak sukar untuk berjalan lebih-lebih lagi ketika anak masih kecil.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu jelas sebelum membeli tiket penerbangan ketika hamil. Ini juga bergantung kepada syarikat penerbangan yang anda pilih.

5 Perkara Ibu Mengandung Perlu Faham Kalau Nak Naik Kapal Terbang

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil berat oleh ibu mengandung yang berhasrat menaiki penerbangan Malaysia mahupun antarabangsa.

1. Bolehkah Ibu Mengandung Naik Kapal Terbang?

Dalam keadaan dalam kapal terbang, gegaran yang berlaku serta tekanan udara menjadi rendah apabila sudah berada beberapa ribu kaki di udara. Keadaan ini akan membuatkan ibu hamil tidak selesa dan boleh merangsang kelahiran pramatang lebih-lebih lagi apabila usia kehamilan sudah mencapai 36 minggu.

Oleh sebab itu, banyak syarikat penerbangan yang tidak mengambil risiko untuk membenarkan ibu mengandung yang menghampiri due date untuk berlepas. Walaupun polisi-polisi yang ditetapkan tampak melecehkan, ia dijadikan panduan bagi kebaikan penumpang juga.

www.pinterest.com

2. Polisi Syarikat Penerbangan Malaysia Untuk Ibu Mengandung

Syarikat penerbangan tempatan mempunyai polisi yang berbeza untuk dipatuhi penumpang. Oleh itu, adalah tanggungjawab penumpang untuk memahami garis panduan yang ditetapkan sebelum bercadang untuk membeli tiket penerbangan.

i) AirAsia

Adalah tanggungjawab ibu hamil untuk memaklumkan usia kehamilan semasa memilih tempat duduk dan di kaunter check-in.

Antara syarat-syarat lain yang ditetapkan ialah:

  • Penumpang yang hamil mencapai usia 27 minggu perlu menandatangani borang Limited Liability Statement ketika proses check-in.
  • Bagi penumpang dengan kandungan mencecah 28 ke 34 minggu, penumpang perlu menyediakan surat kesihatan yang disahkan oleh doktor. Dalam surat tersebut perlu dinyatakan usia kehamilan. Surat yang dibawa tidak boleh melebihi 30 hari daripada tarikh perlepasan. Penumpang juga perlu menandatangani borang Limited Liability Statement.
  • Penumpang dengan usia kandungan 35 minggu ke atas tidak dibenarkan untuk menaiki kapal terbang.

ii) Malaysia Airlines (MAS)

Penumpang hamil yang disenaraikan di bawah perlu mendapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor atau Jabatan Servis Kesihatan Malaysia Airlines sebelum berlepas.

  • Ibu mengandung dengan usia kehamilan hampir mencecah 35 minggu bagi penerbangan antarabangsa.
  • Ibu mengandung dengan usia kehamilan hampir mencecah 36 minggu bagi penerbangan dalam Negara.

iii) FireFly

Firefly membenarkan penumpang hamil untuk mengikuti penerbangan antarabangsa dan domestik dengan syarat-syarat yang berikut:

  • Penumpang yang hamil 36 minggu kebawah perlu mengesahkan kehamilan dan menandatangani borang ‘Release and Indemnity’.
  • Penumpang yang hamil dengan usia kandungan 36 minggu tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.
  • Penumpang yang hamil dinasihatkan untuk memahami syarat diatas serta mengesahkan kehamilan secara tepat semasa check-in.

iv) Malindo Air

  • Penumpang dengan usia kehamilan 28 minggu perlu menandatangani borang ‘Release and Indemnity’ sebelum berlepas.
  • Penumpang dengan usia kehamilan 28 ke 35 minggu perlu menyediakan surat doktor yang mengesahkan tahap kesihatan. Surat doktor tersebut juga perlu bertarikh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh penerbangan. Penumpang juga perlu menandantangani borang ‘Release and Indemnity’.
  • Penumpang yang hamil 35 minggu keatas tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.

Foto Kredit: bharian.com.my

3. Dokumen Penting Yang Perlu Disediakan Sebelum Berlepas

Dokumen penting yang perlu disediakan sebelum berlepas ialah surat pengesahan doktor yang menyatakan status kesihatan anda dan usia kandungan. Ibu hamil perlu disahkan bebas daripada risiko komplikasi kehamilan sebelum dibenarkan untuk menaiki kapal terbang dalam waktu terdekat.

Antara ibu mengandung yang berisiko ialah yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi yang tidak terkawal, penyakit sickle cell, masalah posisi uri yang berada di bawah (placenta previa) serta yang berisiko untuk melahirkan secara pramatang,  buku antenatal, rekod kesihatan dan imej imbasan ultrasound juga perlu dibawa bagi rujukan doktor dalam waktu kecemasan.

Pastikan dokumen-dokumen penting ini diletakkan di dalam hand luggage supaya mudah dirujuk pada waktu perjalanan. Pembelian insurans penerbangan juga digalakkan sebagai perlindungan daripada perkara yang tidak diingini.

Inilah yang selalu orang panggil, Buku Merah!

Inilah yang selalu orang panggil, Buku Merah!

4. Panduan Persiapan Menaiki Kapal Terbang Bagi Ibu Hamil

Keadaan badan kita tidak sama seperti luar waktu kehamilan. Jadi, perhatian khusus diperlukan lebih-lebih lagi ketika ingin berjalan jauh.

  • Bagi penerbangan melebihi 4 jam, ibu mengandung berisiko menghadapi deep vein thrombosis iaitu keadaan di mana kaki mengalami pembekuan darah akibat posisi kaki yang berada dalam keadaan rehat yang terlalu lama. Perkara ini boleh dielakkan dengan cara bangun sebentar dan berjalan sedikit sambil meregangkan otot dalam  setiap satu jam. Oleh itu, adalah idea yang baik bagi wanita mengandung untuk memilih tempat duduk berdekatan dengan laluan pejalan kaki bagi memudahkan pergerakan.
  • Waktu hamil ini memang mudah untuk terasa mual. Tambahan pula dengan keadaaan bertekanan rendah dalam pesawat lebih menyebabkan angin di perut dan menjadi tidak selesa. Oleh itu adalah dinasihatkan untuk elakkan makanan yang membuatkan perut angin seperti kekacang dan ubi. Walaupun ibu mengandung digalakkan untuk minum air dengan banyak untuk elakkan dehidrasi, elakkan pengambilan air teh, kopi dan minuman berkarbonat yang menyebabkan rasa mudah untuk terkencing.
  • Pilih pakaian yang selesa dan tidak terlalu ketat serta kasut yang lebih sesuai bagi melancarkan perjalanan. Dapatkan stoking kaki khas bagi ibu mengandung di farmasi berdekatan yang dapat membantu peredaran darah yang lebih baik.
  • Tempat duduk yang selesa adalah penting lebih-lebih lagi dengan penerbangan yang memakan masa berjam-jam. Pilih tempat duduk yang lebih besar dengan legroom yang lebih luas supaya lebih selesa. Impak gegaran ketika mendarat juga kurang terasa apabila berada pada bahagian tengah.
  • Elakkan memilih tempat duduk pada pintu keluar kecemasan.

Foto Kredit: comparetravelinsurance.co.nz/

5. Waktu Paling Selamat Menaiki Kapal Terbang Ketika Hamil

Pada usia awal kehamilan dalam 12 minggu ke bawah, gejala morning sickness memang mudah dirasai dan membuatkan badan menjadi tidak selesa. Lebih-lebih lagi dengan keadaan kabin pesawat yang bertekanan rendah. Jangan lupa untuk sediakan beg plastik untuk persediaan menghadapi rasa mual dan muntah.

Antara 12 ke 23 minggu, rasa mual semakin berkurangan dan badan menjadi semakin biasa dengan kandungan. Kemungkinan untuk lahir secara pramatang juga adalah agak mustahil dalam tempoh ini. Jadi ini adalah waktu terbaik untuk menaiki kapal terbang.

risiko hamil lewat usia

Foto Kredit: hopkinsmedicine.org/

Dapatkan Nasihat Doktor Untuk Kepastian

Sebelum bercadang untuk menaiki kapal terbang, berbincanglah dengan doktor supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan, terutamanya apabila anda menghampiri tarikh due date.

Prosedur ini amat penting bagi memastikan anda dan kandungan berada dalam kesihatan yang baik setiap masa.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×